Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Kerajaan perlu adil, telus dalam pemberian projek
Diterbitkan:  Aug 26, 2010 9:41 AM
Dikemaskini: 2:29 AM

Kerajaan mesti bersikap adil dan telus dalam pemberian projek pembangunan bagi menarik minat pelabur swasta, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

NONE "Kerajaan perlu membuktikan bahawa peluang mendapatkan projek pembangunan akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga serta nilai terbaik kepada kerajaan dan ia perlu dibuat secara terbuka dan telus.

"Sama ada penswastaan pangkalan udara (Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi) atau penswastaan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, semua pemberian projek tersebut mesti dibuat secara terbuka dan telus," katanya.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata demikian pada Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di Kuala Lumpur, petang semalam, yang turut disertai ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sementara itu, Khalid berkata kerajaan perlu melaksanakan sistem ekonomi yang lebih liberal dan telus, bebas daripada campur tangan politik dan amalan kronisme.

"Jik khalid samad pas muktamar a kita masih mengharapkan pelabur asing membelanjakan wang mereka di sini, bagaimana ia boleh dilakukan jika kita tidak tahu siapa yang membangunkan tanah pangkalan udara Sungai Besi atau tapak di mana Penjara Pudu pernah ditempatkan?" katanya.  

Pada 1 Ogos lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.

Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang Anwar membidas kerajaan persekutuan yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.

"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar.

Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).

Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.

ADS