Pengumuman persaraan Ling timbulkan pelbagai reaksi dan persoalan
Pengumuman Datuk Seri Dr Ling Liong Sik untuk melepaskan jawatan menteri kabinet mendapat pelbagai reaksi, termasuk daripada parti pembangkang yang menyifatkannya sebagai"sandiwara babak kedua" oleh presiden MCA itu.
Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar menegaskan bahawa keikhlasan Ling boleh dipertikaikan kerana mungkin terdapat muslihat di sebalik pengumuman tersebut.
"Kenapakah beliau mengumumkan hasrat melepaskan jawatan itu sehari selepas timbalan dan juga musuh politiknya, Datuk Lim Ah Lek mengumumkan beliau akan mencabar Ling dalam pemilihan parti akan datang (2005)," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, berpendapat Ling terpaksa melakukan "sandiwara babak kedua" semata-mata untuk menagih simpati Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan ahli-ahli MCA kerana tidak mampu lagi mengekang kebangkitan 'Team B" dalam parti itu.
Beliau percaya kedudukan Ling dalam MCA akan kembali kukuh sekiranya perdana menteri menolak perletakan jawatan tersebut, sekaligus memberi mesej kepada Lim supaya tidak menentang ketuanya.
Menurut Mahfuz, "sandiwara babak pertama" pada Mei 2000 telah berjaya mengembalikan sokongan kepada Ling selepas mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Membilang hari
"Ling sepatutnya meletakkan tarikh sebenar untuk berundur pada surat yang dihantar kepada Dr Mahathir sekiranya beliau benar-benar jujur untuk berbuat demikian," tegasnya lagi.
Sementara itu, pengerusi DAP, Lim Kit Siang pula menyifatkan Ling sedang "membilang hari" sebagai menteri kabinet dan tidak mungkin dapat bertahan sehingga Dr Mahathir bersara Oktober depan.
Soalnya, kata Lim, mengapakah Dr Mahathir yang juga pengerusi BN menimbulkan dalam mesyuarat Barisan Nasional semalam mengenai surat perletakan jawatan Ling yang diterimanya pada 15 Ogos lalu.
"Selain itu, apakah yang menyebabkan Ling menghantar surat kepada perdana menteri tanpa tarikh berkuatkuasa perletakan jawatannya dalam kabinet," tambahnya.
Setiausaha agung Keadilan, Sahri Bahari pula berkata, Ling sepatutnya membuat keputusan muktamad dan bukannya "bermain politik" dengan menyerahkan surat perletakkan jawatan tanpa tarikh berkuatkuasa.
Katanya, adalah wajar bagi Ling berundur dengan mengambil kira kegagalannya menyelesaikan masalah pengangkutan awam di negara ini dan isu Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) yang membebankan rakyat.
Minta dipujuk
Selepas 16 tahun, katanya, tindak-tanduk Ling itu seolah-olah meminta supaya sekali lagi dipujuk terus berkhidmat sebagai menteri kabinet.
Sementara itu, Pemuda Umno pula akur dengan hasrat Ling untuk bersara kerana berpendapat sudah tiba masanya muka baru tampil ke hadapan.
Ketua Penerangannya, Azimi Daim berkata Ling faham apa yang dilakukannya kerana beliau merupakan seorang yang begitu matang berpolitik.
"Pemuda Umno ingin mengucapkan syabas kepada beliau serta terimakasih di atas segala pengorbanannya untuk rakyat, khususnya kepada kaum Cina," katanya ketika dihubungi.
"Kami yakin beliau telah mengambilkira pandangan yang jauh ke hadapan, terutamanya untuk kembali mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli MCA serta memperkasakan BN menjelang pilihanraya umum yang semakin hampir," katanya.
Selain itu, beliau menolak tanggapan pembangkang yang mengatakan bahawa Ling sekali lagi bersandiwara, tetapi sebaliknya percaya presiden MCA itu ikhlas dalam tindakannya berhubung perkara itu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.