Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli majlis pimpinan pusat (MPP) PKR Mohd Rafizi Ramli dan barisan regunyanya - dikenali Generasi Reformasi - sedia berdebat dengan tokoh dan pasukan lain yang merebut jawatan tertinggi dalam Pemuda PKR (AMK).

NONE "Kami bersedia turut serta," kata calon timbalan ketua Pemuda kumpulan itu Amiruddin Shari.

Beliau yang juga ADUN Batu Caves dan naib ketua AMK berkata, program anjuran gabungan penulis blog - dikenali sebagai Universiti Terbuka Perak (EUREKA) - itu akan diadakan pada 18 September di sebuah resort di Taiping, Perak.

Difahamkan, kesemua empat calon yang disebut-sebut bakal merebut jawatan nombor satu dalam sayap Pemuda parti itu diundang berdebat dan membentangkan halatuju dan agenda masing-masing.

azlan Debat itu akan mempertemukan antara Mohd Rafizi, penyandang jawatan itu Shamsul Iskandar Md Akin, anggota MPP Badrul Hisham Shaharin dan seorang pemimpin cabang daripada Johor Hasmi Hashim.

Selain Mohd Rafizi, Ketiga-tiga mereka bagaimanapun setakat ini belum membuat pengumuman rasmi berhubung kesediaan mereka merebut jawatan yang sama.

Bercakap dalam sidang media bagi mengumumkan barisan Generasi Reformasi di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini, Amiruddin berkata, pendekatan ala debat presiden Amerika Syarikat sebegitu boleh menjadi budaya baru dalam PKR dan amalan parti-parti politik di negara ini.

Beliau sebeblum itu menjawab soalan tentang 'populariti' Mohd Rafizi yang dilihat kurang menonjol di kalangan masyarakat umum bagi bertanding jawatan nombor satu dalam Pemuda PKR itu.

Penganjur: Semua calon sudah setuju

Amiruddin mengakui, mungkin Mohd Rafizi kurang popular tetapi menjelang pemilihan parti November ini, kumpulan mereka akan hadir bertemu pelbagai pihak dan akar umbi parti di pelbagai tempat.

"Kita tidak anjurkan (debat). Tetapi kalau kita memikirkan ini kaedah terbaik untuk berkongsi, saya rasa ini bukan kekangan untuk kita lakukan. Kalau ada pihak lain buat pun kita sedia ambil bahagian.

NONE "Kita satu parti, walaupun berlawan tetapi adik-beradik. Semangat persaudaaran itu kita tidak pernah putuskan," kata Amiruddin, bekas pendebat semasa menuntut di sebuah universiti di Lembah Klang sebelum ini.

Sementara Mohd Rafizi pula berkata, beliau menjangkakan perdebatannya dengan 'pesaingnya' dijangkan disiarkan secara langsung.

"Ada rancangan disiarkan langsung, cuma secara teknikalitinya (ia) belum dimaklumkan (kepada saya)," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pengasas UEREKA Mat Saman Kati memberitahu Malaysiakini , semua calon ketua AMK telah bersetuju turut serta dalam debat itu.

Katanya, debat tersebut dijalan dalam dua sesi, iaitu pidato berjudul "Memimpin Harapan Anak Muda: Misi & Visi" selama 20 minit diikuti soal jawab bersama anggota akar umbi dan penulis blog selepas itu.

Mat Saman akan menjadi moderator untuk depat itu.

ADS