Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Firma gergasi pembalakan - Samling Global Ltd hari ini berkata mereka ‘terkejut’ dengan dakwaan baru bahawa syarikatnya itu mengugut akan menghentikan perkhidmatan pengangkutan kepada masyarakat Penan jika dakwaan penderaan seksual ke atas kakitangan syarikat berkenaan tidak digugurkan.

NONE Sambil menolak dakwaan yang dibuat oleh pertubuhan Dana Bruno Manser (BMF) yang dikeluarkan menerusi satu kenyataan Isnin lalu, Samling berkata syarikat itu tidak pernah menyokong sebarang salah-laku oleh kakitangannya.

"...pendirian kami berhubung isu itu (penderaan seksual) tetap tidak berubah. Syarikat tidak dapat menerima sebarang aktiviti haram dan berbentuk jenayah. Mana-mana kakitangan yang disyaki melakukan perkara itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa,” kata syarikat berkenaan.

NONE Sebaliknya, menurut Samling, pihaknya mengambil langkah-langkah baru “bagi memperkukuhkan proses dalaman demi keselamatan penumpang dan bagi menghalang sebarang salah faham apabila membekalkan bantuan pengangkutan kepada komuniti hutan”.

Menurut syarikat itu, bagi membolehkan Samling meneruskan perkhidmatan pengangkutan kepada masyarkat sekitar Baram, satu dasar baru bagi menjamin keselamatan dan menjaga kepentingan mereka diperkenalkan dan ia diterangkan kepada komuniti Penan di sana.

“Antara peraturan baru itu ialah penduduk yang inginkan perkhidmatan pengangkutan perlu membuat permohonan rasmi dan setiap penumpang yang berada dalam kenderaan kami mesti ditemani oleh ahli keluarga.

"Samling berdiri teguh dengan tanggungjawab sosial korporatnya dan akan terus membekalkan pelbagai bentuk bantuan bagi kesenangan komuniti hutan di kawasan di mana ia beroperasi,” kata syarikat itu.

NONE Isnin lalu, BMF mendakwa Samling berterusan membuli masyarakat Penan dengan memaksa mereka 'menutup mulu' berhubung penderaan seksual dan perogolan gadis serta wanita Penan jika mahu perkhidmatan pengangkutan percuma diteruskan.

Ia dibuat dengan pendedahan tujuh lagi dakwaan eksploitasi seks oleh pekerja pembalakan dengan memetik seorang ketua kampung Penan, Jawa Nyipa yang berkata dia diminta oleh  pegawai Samling untuk menandatangani kenyataan bahawa wanita-wanita itu menarik balik dakwaan mereka - atau tidak mereka akan kehilangan perkhidmatan pengangkutan.

[Baca berita penuh]

ADS