BERITA

Polis digesa perjelas isu 'balik China'

Diterbitkan
Dikemaskini 7 Sep 2010, 1:14 pagi

Pihak berkuasa diberi masa tempoh sehingga Jumaat ini untuk memberi maklum balas terhadap laporan polis berhubung isu seorang pegawai penyiasatnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

NONE Jika tidak, isu itu akan dimajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien, kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Katanya, tidak sepatutnya pengadu, Loh See Mooi disuruh balik balik ke China semata-mata dianggap tidak memahami bahasa Melayu.

Lim menjelaskan suri rumah berusia 51 tahun itu, membuat laporan di balai polis Sentul pada 24 Ogos lalu selepas disamun yang menyebabkan beliau kehilangan dompet dan beberapa dokumen.

Lim mendakwa pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk mengambil keterangan Loh bagaimanapun memberitahu dia dan anaknya supaya balik China kalau tidak pandai cakap Melayu selepas anak perempuan Loh mula bercakap dalam bahasa Inggeris.

Lim mendakwa Loh dan anak perempuannya berasa terkejut dengan jawapan pegawai terbabit lalu bertanya dalam bahasa Melayu, mengapa pegawai tersebut menanggap beliau tidak dapat bercakap atau memahami bahasa Melayu.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.