Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Operasi cari bukti pembunuhan diteruskan
Diterbitkan:  Sep 14, 2010 1:28 AM
Dikemaskini: 10:29 AM

Pasukan penyelam Polis Marin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di Banting.

NONE Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang semalam dan berakhir pada pukul 7 malam semalam. Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia PDRM) turut menyertai operasi itu.

Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.

Semasa operasi itu dijalankan, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.

Sosilawati, 47,  bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin hansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lupur, Norhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dlaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lalu, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

- Bernama