BERITA

Shamsul Iskandar: Saya didokong Azmin, semua ahli

Joseph Sipalan

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Sep 2010, 10:09 pagi

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengumumkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini.

shamsul iskandar pc 160910 Katanya, keputusan itu diambil supaya orang muda dapat melangkah setapak lagi ke atas bagi memainkan peranan lebih penting dalam mempromosikan demokrasi dalam PKR.

Peguam muda itu mengumumkan kesediannya itu dalam satu sidang media di Kampung Baru sebentar tadi.

Menurut Shamsul lagi, PKR memerlukan lebih penyertaan orang muda dan wanita di peringkat naib presiden memandangkan pencapaiaan mereka dalam pilihan raya umum dua tahun lalu memberangsangkan.

"Mereka kini berkhidmat sebagai ahli parlimen dan ADUN. Dan saya tegaskan, tiada seorang pun orang muda yang melompat parti," katanya.

Ditanya sama ada beliau mendapat dokongan Naib Presiden PKR Azmin Ali bagi bertanding jawatan itu, Shamsul sambil senyum berkata:

"Saya dapat sokongan daripada Azmin dan semua anggota parti."

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.