Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan Kelantan terharu sokongan rakyat
Diterbitkan:  Sep 17, 2010 7:14 AM
Dikemaskini: 7:33 AM

Pejabat Sultan Kelantan hari ini menzahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberi oleh seluruh rakyat ke atas pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Sultan

Kelantan yang baru.

tengku faris kelantan 130910 Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata banyak ucapan tahniah diterima bagi menyatakan rasa gembira dan taat setia kepada Sultan Kelantan serta yakin baginda dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Bagi pihak pejabat Sultan, saya terharu dan berterima kasih di atas sokongan dan taat setia rakyat kepada Tuanku Sultan," katanya melalui satu kenyataan ringkas kepada Bernama di Kota baharu, hari ini.

Abdul Halim berkata beliau, yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Perdana hari ini setelah menerima rawatan akibat keletihan sejak dua hari lepas, membolehkan beliau menguruskan beberapa program lawatan tetamu baginda Sultan ke Kelantan.

"Kita doakan Tuanku selamat sejahtera dan dapat terus memerintah dan menjaga kebajikan rakyat dengan sempurna," katanya.

--Bernama