Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya  Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

zunar arrested under sedition act 240910 03 Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.

Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

"Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini .

zunar arrested under sedition act 240910 01 Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.

“Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba,” katanya.

Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan.

Pada 17 September lalu, Zunar memberitahu Malaysiakini Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) sebagai usah terbarunya  yang terus menyindir kerajaan.

"Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan.

zunar arrested under sedition act 240910 07 "Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar.

Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini .

Kebanyakan karya-karya kartun itu  adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.

Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.

Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini.

Lathefaa berkata, Zunar dibawa ke IPD Puchong untuk siasatan lanjut.

Latheefa ketika bercakap kepada wartawan di luar IPD Brickfields selepas itu berkata polis telah menyiapkan laporan penahanan Zunar.

"Tapi saya tidak pasti sama ada laporan itu dibuat bawah Akta Hasutan atau Akta Penerbitan dan Mesin Cetak," katanya.

Sementara itu, polis juga menemui pencetak Law Chee Chong, yang telah mencetak buku-buku lain Zunar, termasuk Perak Darul Kartun, yang telah diharamkan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Law berkata 12 anggota yang diketuai ASP Nazri dari balai polis Cheras tiba di premisnya dan mengambil nama, alamat dan butiran peribadi semua kakitangannya.

"Mereka mengambil salinan invois dan dokumen lain berkaitan urusan kami dengan Zunar," katanya.

Polis, yang berada lebih satu jam, juga meminta salinan perisian buku Zunar  yang dicetak di situ, tetapi kata Law mereka tidak lagi menyimpannya.

Tidak ada alasan diberikan oleh pihak polis, katanya.

Polis juga pergi ke pejabat pengedar buku Gerak Budaya di Seksyen 11, Petaling Jaya pada kira-kira jam 7 malam untuk mencari nashkah buku Cartoon-o-phobia, tetapi tidak menemuinya di situ.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS