Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Buku Zunar: Polis periksa Malaysiakini pula
Diterbitkan:  Sep 25, 2010 8:39 AM
Dikemaskini: 11:15 AM

Polis hari ini mengunjungi pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama berhubung penerbitan buku kartun Zunar Cartoon-o-phobia yang diterbitkan anak syarikat media bebas itu, Kinibooks.

250910 police visits malaysiakini zunar cartoon-o-phobia 3 Tiga anggota - diketuai ASP Marina Hashim daripada ibu pejabat daerah (IPD) Shah Alam - tiba pada jam 3.45 petang tadi.

Dalam lawatan itu, mereka memeriksa stor buku Malaysiakini dan mengambil gambarnya.

Bagaimanapun, tiada sebarang benda dirampas.

Pihak polis juga merakamkan kenyataan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan selama kira-kira 45 minit.

"Sudah jelas ini merupakan usaha polis untuk merampas setiap buku yang ada," kata Steven.

Beliau juga menjangkakan pihak polis akan sekali lagi 'berkunjung' ke Malaysiakini pada masa akan datang.

Semalam, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque bermalam di ibu pejabat polis daerah Sepang selepas ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

250910 police visits malaysiakini zunar cartoon-o-phobia 2 Sebelum itu, pada jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam tadi.

Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa,pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

Polis juga hari ini berjaya mendapat perintah reman daripada majistret untuk menahannnya sehari lagi.

ADS