Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR: Pilihan raya kecil untuk DUN Galas
Diterbitkan:  Sep 27, 2010 7:10 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.

kelantan adun galas che hashim sulaima Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

adun galas passed away "Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," katanya.

Che Hashim, 46, yang dimasukkan ke Hospital Al-Islam di sini sejak dua hari lalu meninggal dunia jam 4.30 petang tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

- Bernama

ADS