Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Tiada tindakan terhadap Zaid Ibrahim
Diterbitkan:  Sep 30, 2010 7:19 PM
Dikemaskini: 11:29 AM

PKR menegaskan tidak ada sebarang arahan dikeluarkan bagi mengambil tindakan disiplin terhadap Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim .

Menurut biro politiknya, mereka juga tidak menerima sebarang aduan berhubung bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

azlan Dalam satu kenyataan hari ini, biro yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut "menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini."

Bagaimanapun, masih tidak jelas apakah "perkara ini" yang dimaksudkannya.

Mengulas berhubung perjalanan proses pemilihan cabangnya negara setakat ini, biro berkenaan juga meminta jawatankuasa pemilihan pusat PKR segala aduan keganasan, kekecohan dan tindakan liar yang melanggari kod tatalaku pemilihan bagi tujuan menggagalkan mesyuarat .

"Jawatankuasa pemilihan pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan anggota-anggota tersebut dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen," kata biro itu.

Kenyataan itu juga menjelaskan, PKR akan mengkaji kes-kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan parti serta pimpinannya melalui media selepas kalah dalam pemilihan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS