Tindakan tarik balik guru pinjaman terus jejaskan SAR: Gegar
Gerakan Bertindak Umat Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (Gegar) mendakwa tindakan 'mendadak' Kementerian Pendidikan menarik balik guru-guru yang "dipinjam" kepada sekolah agama rakyat (SAR) adalah sebagai bukti terbaru bahawa kerajaan pusat memang mahu menutup sekolah terbabit.
Pengerusi Gegar, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah menafikannya, tetapi tekanan-tekanan yang dikenakan terhadap SAR jelas menunjukkan sebaliknya.
Oleh itu, katanya, Gegar mendesak kerajaan supaya menyatakan hasrat sebenarnya dan tidak berselindung di sebalik kenyataan bahawa tindakan itu bertujuan menyelamatkan pelajar SAR.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Abdul Aziz Shamsudin Ahad lalu bahawa Kementeriannya dalam proses menarik balik semua guru yang dipinjamkan kepada SAR di seluruh negara dan diserapkan ke sekolah aliran kebangsaan.
Abdul Aziz juga berkata sebahagian guru berkenaan sudah mula dipanggil untuk kembali berkhidmat di sekolah kerajaan
Dalam satu kenyataannya hari ini, Mohd Azmi berkata Gegar menyifatkan tindakan ini sebagai satu siri tekanan kerajaan ke atas SAR yang akhirnya akan membawa kepada penutupan SAR.

Gelojoh
"Gegar membantah tindakan ini kerana ia akan menafikan kemampuan sekolah berkenaan untuk meneruskan pengajaran sedia ada, apatah lagi tindakan ini dilakukan secara mendadak.
"Tindakan menarik balik guru-guru itu amat tidak wajar kerana pelajar SAR akan menjadi mangsa kegelojohan kerajaan untuk menghapuskan SAR, walaupunn sudah sedemikian banyak tekanan diberikan ke atas SAR," katanya lagi.
Mohd Azmi juga mendakwa tindakan itu akan menambahkan lagi kemarahan dan kekecewaaan rakyat berhubung isu berkenaan.
Malah, katanya, kerajaan perlu sedar bahawa tindakan kerajaan selama ini berhubung isu SAR akan merugikan orang Islam di negara ini dalam jangkamasa panjang.
Isu SAR mendapat pehatian pihak istana apabila Sultan Terengganu, Kedah dan Perak telah berkenan menerima mengadap perwakilan daripada Gegar dan kumpulan yang berjuang mempertahankan sistem pendidikan Islam itu.
Baginda bertiga serta Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra juga telah memberi komitmen mereka untuk membincangkan isu SAR di persidangan Majlis Raja-Raja yang dijadualkan berlangsung 11-13 Mac depan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.