Jais berkeras halang solat Jumaat, seorang ditangkap
Percubaan penduduk di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi untuk mengadakan solat Jumaat di bekas tapak surau flet Jubli Perak yang dirobohkan baru-baru ini, gagal apabila peralatan, termasuk tikar, dirampas oleh pihak berkuasa pagi tadi.
Semua peralatan itu diangkat dengan sebuah lori Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kira-kira jam 10 pagi.
Ketika masuk waktu solat Jumaat pada jam 1.34 tengah hari tadi, seorang pegawai Jabatan Agama Islam (Jais) membuat pengumuman melalui pembesar suara bahawa mereka tidak dibenarkan mengerjakan sembahyang Jumaat di situ.
Kira-kira 45 kakitangan dan enam pegawai Jais berada di tempat letak kereta flat tersebut bagi menghalang percubaan penduduk di situ mengadakan sembahyang Jumaat. Sehingga tengah hari ini, kira-kira 300 penduduk yang datang untuk solat Jumaat berkumpul di kawasan berkenaan.
Seramai 30 anggota polis juga turut berkawal di tempat berkenaan, termasuk mengadakan sekatan jalanraya. Bagaimanapun, mereka tidak menghalang orang ramai masuk ke kawasan berkenaan.
Surau itu, yang didakwa menjadi kubu PAS, dirobohkan oleh Jais pada 10 Feb lalu dengan alasan sebuah masjid sudahpun dibina berhampiran tempat itu. Ianya telah beroperasi selama 12 tahun.

Barang bukti
Kira-kira jam 2.10 petang seorang penduduk ditahan oleh pihak Jais. Bagaimanapun, pihak Jais membenarkan penduduk lain untuk bersembahyang Zohor di situ.
Operasi Ops Jubli Perak yang bermula 10.30 pagi tadi diketuai Pegawai Agama Islam Daerah (Kadi) Hulu Langat, Zainal Abidin Sulaiman dan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jais, Mohd Shahzihan Ahmad.
Mohd Shahzihan (
gambar
) memberitahu pemberita surau tersebut tidak dirobohkan atas sebab politik, tetapi telah dipolitikkan oleh parti pembangkang.
"Jais sekadar menjalankan tugas sepertimana yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais)," katanya.
Mengenai barangan surau yang telah dirampas, Mohd Shahzihan berkata, ianya akan dijadikan sebagai barang bukti di mahkamah kelak.
"Mereka yang terus engkar untuk bersembahyang di sini boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 12(B), yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya lagi.
Bertikam lidah
Manakala Zainal Abidin pula mendakwa lokasi surau tersebut tidak sesuai untuk mengerjakan ibadat solat di bawah bangunan yang diatasnya terdapat saluran paip najis.
Bila disoal mengenai sama ada Jais mempunyai bukti surau tersebut digunakan pembangkang untuk tujuan politik, beliau mengakui pihaknya tidak mempunyai sebarang bukti, melainkan aduan orang ramai.
Suasana tegang timbul selepas seorang pegawai Jais membuat pengumuman tidak dibenarkan bersolat Jumaat sehingga menimbulkan pertikaman lidah dengan penduduk yang sudah ramai berkumpul.
Pengumuman itu disambut oleh para hadirin dengan laungan "La ilaha illallah" (tiada tuhan melainkan Allah) sebagai tanda protes mereka.
Bagaimanapun, suasana itu tidak dihiraukan oleh lebih 100 pelajar yang sedang menunaikan ibadat solat Zohor kerana sudah kesuntukan masa untuk ke sekolah.
Mohd Shahzihan akhirnya bersetuju membenarkan hadirin mengerjakan solat Zohor setelah berunding dengan peguam Mohd Shafie Ngah bagi pihak penduduk di situ.
Elemen militan
Suasana kembali tegang apabila pegawai penguatkuasa Jais tiba-tiba menahan Rosmani Ishak (
kiri
) sejurus selepas kebenaran untuk mengerjakan solat Zohor diberikan. Bagaimanapun, tidak diketahui mengapa Rosmani ditahan.
Permohonan Mohd Shafie untuk membenarkan Rosmani mengerjakan solat Zohor terlebih dahulu sebelum dibawa ke balai polis bagaimanapun tidak dilayan oleh pegawai Jais yang meninggalkan tempat tersebut sejurus selepas menahannya.
Selain mengadakan sekatan jalanraya di jalan masuk ke flat Jubli Perak, anggota polis pula mengawasi keadaan di sekitar surau tersebut dari jauh.
Jemaah turut mengadakan solat hajat untuk menyelamatkan surau Jubli Perak selepas mengerjakan solat Zohor.
Sementera itu, dalam suratnya yang disiarkan dalam ruangan forum di akhbar Utusan Malaysia hari ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa surau tersebut "sebenarnya telah diresapi elemen militan parti politik tertentu bagi menyebarkan fitnah dan tohmahan".
"Mimbar khutbah surau berkenaan telah menjadi alat untuk menyebarkan pembohongan, fitnah, maki-hamun dan propaganda militan," kata Mohd Khir, yang menulis atas kapasiti sebagai Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Selain keengganan membaca teks khutbah yang disediakan Jais, beliau juga mendakwa khatib surau tersebut "menolak arahan bagi membacakan doa untuk Sultan Selangor".
Bagaimanapun, pengerusi surau Jubli Perak, Samion Musiron, menafikan dakwaan Mohd Khir tersebut apabila ditanya mengenainya.