Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau yakin dengan kebolehan anak sulungnya, Nurul Izzah untuk menentukan sendiri sama ada untuk bertanding kerusi timbalan presiden parti itu ataupun tidak.

azlan Mengulas buat kali pertama, hasrat anaknya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai untuk merebut jawatan nombor dua PKR, Anwar berkata adalah tidak bijak bagi memperlekeh kemampuan anaknya itu, kerana Nurul Izzah mampu mengenali siapa mereka “penyokong sebenarnya”.

Katanya, anak sulungnya itu sudah matang dan cerdik dalam menentukan kedudukan dan halatujunya di dalam parti.

"Biar beliau tentukan, jangan memperkecilkan kebolehannya, dia pun tahu, ada orang betul-betul sokong, ada orang cuba memperalatkan, itu perkara biasa.

"Bagi pihak yang cuba membayangkan Nurul Izzah tidak mengetahui apa-apa, beliau dari masa ke semasa sememangnya  tahu dan sedar, tidak kiralah dalam apa bentuk motif sekali pun.

"Saya bangga dengan beliau dan saya percaya dengan pertimbangan yang beliau tentukan.

"Walaupun saya ayahnya tetapi beliau turut mempunyai pendapatnya sendiri. Biarlah beliau sendiri yang menentukan, ia tidak mudah tetapi saya bangga dengan pendirian beliau," kata Anwar dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

azlan Nurul Izzah layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR setelah biro politik memutuskan menerima pencalonan dari Sempoerna yang lewat dihantar.

Katanya, sebagai bapa kepada Nurul Izzah, beliau sudah tentu mahukan anaknya itu mendengar cakapnya  tetapi cara berkenaan bukan perkara baik untuk dilakukan.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution hari ini berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat terbarunya malam tadi.

"Semporna mencalonkan Nurul Izzah. Dengan ini saya sahkan Nurul Izzah telah menerima dua pencalonan minimum untuk jawatan timbalan presiden.

"Jadi beliau layak untuk bertanding," katanya yang juga ahli parlimen Machang.

Nurul Izzah sebelum ini mendapat satu pencalonan daripada Keningau, Sabah.

[Baca berita penuh]

ADS