BERITA

Bajet utamakan BN, petanda pilihan raya dekat

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Okt 2010, 1:42 pagi

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Bajet 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-BN.

NONE Berikutan itu, beliau yang juga setiausaha agung DAP akan mengemukkan rayuan kepada kerajaan persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri di bawah naugan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Katanya, pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan.

azlan "Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan, namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut?" soalnya.

Menurut Lim, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri tumpuan  terhadap tenaga kerja yang akan menjana ekonomi.

"Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil (kemahiran) dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," kata ahli parlimen Bagan itu.

Ahli parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar pula kecewa dengan Bajet 2011 yang langsung tidak menyentuh peruntukan untuk negeri Kelantan.

kamaruddin jaafar kamaruddin jaffar "Saya amat kecewa sebagai ahli parlimen daripada Kelantan, tidak ada apa-apa projek pun yang disebut menyentuh Kelantan sama ada jalan raya, lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tak ada satu pun yang memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.

"BN tidak mempedulikan Kelantan kerana merasakan seolah-olah mereka tidak mempunyai apa-apa harapan lagi terhadap Kelantan," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad melahirkan kebimbangan dengan cara kerajaan berbelanja yang jelas menunjukkan defisit.

Pancing orang kampung

"Saya rasa ini bajet terakhir sebelum pilihan raya. Najib cuba sedapat yang boleh memberikan kemudahan kepada orang kampung, belia, sekolah agama rakyat yang dahulunya dipinggirkan, tidak ketinggalan juga Permata.

NONE "Saya nampak semua diambil kira dan beliau meramalkan defisit RM5.4 bilion. Kalau beginilah cara kerajaan berbelanja dengan tidak memberikan fokus kepada bagaimana langkah-langkah untuk mendapatkan pelaburan asing, saya tidak nampak satu langkah untuk mendapatkan pelaburan asing atau swasta dan membantu pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Bagi ahli parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa pula, bajet yang dibentangkan Najib itu memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

nasharuddin mat isa 01 "Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda pilihan raya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka.

"Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada sama ada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa, contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainya dan juga industri yang ingin diperkembangkan dalam negara kita," katanya yang juga timbalan presiden PAS.

"Bagaimana pula nasib rakyat yang tertekan dengan harga keperluan harian yang meningkat?

"Apa perlunya membina bangunan 100 tingkat sedangkan pada masa rakyat susah menghadapi tekanan kenaikkan harga barang keperluan?" soal Nasharudin lagi.

salahuddin ayub 01 Ahli parlimen Kubang Kerian yang juga naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentang, menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi sebenarnya satu perangkap yang akan membebankan rakyat.

Pilihan raya semakin dekat

"Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan.

"Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada projek mega yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata Salahuddin.

saifuddin nasution Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli parlimen yang lain bahawa ia merupakan gula-gula pilihan raya.

"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.