Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang berpandangan bebas. Menteri di jabatan perdana menteri itu berkata beliau langsung tidak peduli dengan pelbagai label yang dilemparkan terhadap dirinya, mahupun pandangan daripada golongan yang skeptis dengan pendiriannya.

mahathir najib and abdullah ahmad badawi 090507 Nazri sebelum ini sering kali mengambil pendirian yang bertentangan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga menyebabkan beliau diberi jolokan sebagai 'hatchetman' kepada perdana menteri kemudiannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Begitu juga selepas beliau dilantik ke kabinet Datuk Seri Najib Razak. Tanpa diminta, beliau terus ke hadapan untuk mempertahankan Najib apabila timbul isu melibatkan Biro Tata Negara.

Tindakannya sering meletakkan beliau dalam keadaan yang tidak selari dengan aspirasi pemimpin lain dalam BN yang mempertahankan BTN, walapun modul latihannya didakwa memupuk perkauman.

azlan Dalam reaksinya, Nazri yang mula dilantik ke kabinet Dr Mahathir sejak 11 tahun lalu itu berkata tindakannya itu hanyalah sekadar menggunakan haknya untuk menjawab pandangan daripada bekas ketuanya itu.

"Orang melihat saya sebagai tidak menghormati dan tidak berterima kasih (kepada Dr Mahathir). Tapi saya rasa, jika Tun boleh buat kenyataan kepada umum, saya juga ada hak untuk menjawab.

"Orang selalu kata, 'kenapa mesti Nazri (yang menjawab)? Kenapa tidak orang lain?' Biar saya beritahu -- Saya seorang menteri di jabatan perdana menteri. Apabila PM diserang, anda tidak tunggu PM untuk jawab, tapi menteri di jabatan perdana menteri (patut jawab).

"Kalau anda tidak mahu saya buka mulut, letak saya di kementerian lainlah," katanya lagi dan menambah, beliau menjawab isu tersebut kerana ia ditimbulkan di Dewan Rakyat.

mahathir open house 260909 mahathir najib Katanya lagi, beliau tidak melihat isu berkenaan satu isu peribadi antara beliau dan Dr Mahathir.

"Ia cuma tugas saya. Saya tidak mahu menjadi hero. Bila Tun menjadi PM, Pak Lah (Abdullah Badawi) jadi PM, saya yang mempertahankan mereka. Saya cuma pertahankan PM.

"Selagi saya tahu perkara itu benar, saya akan terus perkatakannya," katanya lagi.

Satu lagi isu yang menyeret beliau ke kancah kontroversi ialah apabila menyahut cabaran penasihat DAP Lim Kit Siang supaya menyatakan bahawa beliau mengutamakan kedudukan sebagai 'bangsa Malaysia' dan bukannya sebagai 'bangsa Melayu.'

NONE Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang berani berbuat demikian, setelah dicabar oleh Lim untuk membuktikan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib.

Katanya, beliau tidak kisah walaupun rakan-rakan sejawatannya yang lain tidak mengikut rentak langkahnya.

"Saya percaya dengan apa yang saya buat, dan saya (bertindak) dengan betul. Kalau anda main bola sepak sebagai striker, anda tidak akan tanya kenapa pemain pertahanan atau sayap kanan tidak menjaringkan gol.

"Saya tidak mahu peduli tentang orang lain, sebab ia akan buatkan kita berasa serba salah. Jadi kenapa saya perlu peduli? Saya cuma tumpukan kepada gol saya," katanya lagi.

NONE "Saya tak peduli sedikitpun apa yang orang akan kata. Saya percaya ini adalah cara untuk kita maju ke hadapan selepas lebih 50 tahun (merdeka).

Tambahnya, beliau tidak mendukung pegangan yang ultra dalam mengutarakan isu-isu kaum dan beliau konsisten dalam hal ini semenjak menjadi ahli pergerakan pemuda Umno.

Malangnya, beliau tidak dapat mengulangi slogan "Malaysian first" itu di Perhimpunan Agung Umno memandangkan beliau kini dalam majlis tertinggi parti.

Nazri menjelaskan, lebih baik sekiranya beliau hanya seorang ketua bahagian kerana itu akan memberikannya lebih lebih berpeluang untuk bercakap dalam mesyuarat itu.

Day 1 - 59th UMNO general assembly Namun itu tidak akan menyekat beliau untuk terus bercakap mengenai agenda anti-perkauman, katanya.

"(Pemain skuasy dan badminton negara, Datuk ) Nicol David dan (Datuk) Lee Chong Wei menang pingat emas apabila mereka bermain untuk negara. Mereka bukannya bermain untuk China tetapi Malaysia. Mereka dijulang sebagai hero.

"Tapi bila mereka pulang, apa yang (kumpulan) rasis ini beritahu mereka? 'Masyarakat kamu tidak diterima di sini.' (Orang) rasis ini tidak sepatutnya menerima apa-apa dari Malaysia.

"Jadi saya akan terus memerangi mereka," tegasnya.

ADS