BERITA

Ayam 'korban' Hari Malaysia hidup semula

Joe Fernandez

Diterbitkan
Dikemaskini 21 Okt 2010, 10:19 pagi

Seekor ayam jantan putih yang disembelih sebagai ‘korban’ oleh pemimpin veteran Sabah, Datuk Jeffrey Gapari Kitingan pada hari Malaysia - 16 September lalu di Batu Sumpah Peringatan di Keningau masih hidup dan mampu berjalan, lapor akhbar tempatan di Sabah.

NONE Batu sumpah itu didirikan sebagai memperingati tarikh kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan keanggotaannya dalam persekutuan Malaysia, 16 hari kemudiannya iaitu pada 16 September 1963.

Ayam jantan itu dikorbankan dan darahnya dipercik pada 16 September lalu sebagai upacara pemujaan dengan disaksikan oleh pawang  Kadazandusun yang dinamakan Bobohizan.

Pemilik ayam itu, John Gitang, kemudiannya mengutip ayamnya dan membawanya pulang.

Menurut akhbar-akhbar tempatan, isteri Gitang yang tidak dinamakan - mendapati ayam itu masih bernyawa dan membatalkan niatnya itu menjadikan ayam itu sebagai lauk. Dia bimbang nasib malang mungkin menimpa dirinya dan keluarga mereka.

NONE Dia juga mendapati luka di leher ayam yang disembelih untuk diambil darahnya itu telah pulih. Menurut beberapa doktor di Kota Kinabalu, kemungkinan besar, darah pada luka itu cepat membeku dan menyelamatkan ayam berkenaan.

Jeffrey yang tidak mempercayai kepercayaan karut berkata kejadian itu satu ironi memandangkan syarat-syarat Perjanjian Malaysia tidak pernah dipenuhi di Sabah dan Sarawak.

“Ini mungkin sebagai peringatan bahawa syarat-syarat Perjanjian Malaysia perlu dihormati,” kata Jeffrey.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan