Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara "enam Abu" yang terdapat di zaman Rasulullah, terdapat juga Abu Lahab dalam parti itu.

Bagaimanapun, katanya, parti pembangkang juga tidak terkecuali daripada penyertaan Abu Lahab di kalangan mereka.

NONE "Abu yang keempat ialah Abu Lahab. Golongan ini ada di kalangan kita dan juga di pihak pembangkang. Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan yang kita lakukan.

"Mereka tetap keras hatinya tidak menerima apa yang kita bawa walaupuan ia baik dan membawa faedah kepada rakyat," katanya yang juga menteri pertahanan dan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Zahid menjelaskan, lima lagi Abu ialah:

  • Abu Bakar yang taat kepada perjuangan. Abu jenis ini didambakan oleh Umno.
  • Abu Talib yang di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah tetapi "belum mendaftar". Golongan ini hendaklah dipastikan menjadi ahli dan pengundi.
  • Abu Suffian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam setelah memeluk agama itu. Abu ini umpama anggota parti pembangkang yang kembali ke pangkuan Umno. Abu jenis ini hendaklah didekati.
  • Abu Hurairah yang menulis hadis. Golongan ini diumpamakan golongan media dan penulis blog dalam Umno.
  • Abu Jahal yang mengakui kebenaran tetapi enggan mengikutinya. Golongan ini diumpamakan sebagai orang yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju hasil kerja Umno dan BN tetapi tetap enggan menerima Umno.

Menyimpulkan penggulungannya, Zahid mengajak anggota parti itu menjadikan kisah enam Abu itu sebagai pedoman.

"Sesungguhnya iktibar daripada sirah yang berkaitan dengan mereka yang pernah dekat dengan Rasulullah, jika kita telusuri kisahnya, kita beriktibar daripadanya, insya-Allah kita akan dapat satu pedoman yang akan membantu kita meneruskan perjuangan suci ini," kata Ahmad Zahid lagi.

Dalam sejarah Islam, Abu Lahab - bapa saudara Nabi Muhammad - merupakan antara musuh utama Islam yang menjadi satu-satunya tokoh kafir Quraish yang dilaknat Allah melalui sebuah suruh yang khusus.

ADS