Kem Zaid desak pemilihan PKR dihentikan

       

Agen calon jawatan timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendesak supaya dihentikan pemilihan parti itu kerana mendakwa  berlakunya penyelewengan yang serius di empat cabang yang mengadakan pengundian memilih pucuk pimpinan parti itu hari ini.

NONE Bagaimanapun, setiausaha jawatankuasa pemilihan, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin (kiri), pula berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Saya mengawasi seluruh operasi dan saya tidak mempertahankan orang-orang saya tanpa sebab," katanya.

Menurut agen pemilihan Zaid -  Rashid Azad Khan dan pembantunya Muhammad Firdaus Christopher - penyelewengan itu berlaku di empat cabang yang tiga daripadanya mencalonkan Zaid untuk jawatan nombor dua itu.

Dalam satu kenyataan, mereka mendakwa kertas undi di Tumpat dan Alor Setar belum tiba sehingga 12 tengahari - dua jam selepas pengundian sepatutnya bermula (10 pagi).

"Ramai ahli yang telah beredar untuk solat Jumaat tanpa mengundi," kata mereka.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda