Kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan ketetapan untuk mewartakan kawasan penempatan Orang Asli di negeri itu sebagai satu kawasan rizab, kata timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yaakob.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis kerajaan negeri pada Mac lalu.

orang asli church to be demolished in kelantan 170910 present bamboo church Sehubungan itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan surat perakuan memaklum kepada masyarakat itu bahawa kawasan yang didiami mereka dimasukkan ke dalam rizab berkenaan.

"Keputusan itu dibuat melalui kuasa di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Kita akan beri dua ekar seorang dalam kawasan rizab tersebut," katanya ketika ditemui selepas satu mesyuarat khas ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Lojing hari ini.

Menurut Ahmad, setakat ini kerajaan negeri telah mengenalpasti dua buah kawasan yang masing-masingnya berkeluasa 101 dan 11 ekar di Kampung Sandrop yang terletak dalam jajahan kecil Lojing di Gua Musang.

Bagaimanapun, kawasan penempatan masyarakat Orang Asli itu belum digazetkan kerana perlu melalui proses penelitian untuk menentukan keluasan kawasan terbabit.

kampung orang asli sungai tesong 120208 houses Pada peringkat ini, kerajaan negeri masih dalam peringkat menyukat perimeter kawasan tersebut.

"Kemudian kerajaan melalui pejabat tanah akan senaraikan nama-nama Orang Asli yang berada di dalam itu supaya tidak dimasukkan orang (bukan Orang Asli).

"Kita belum pasti keluasannya (keseluruhan bagi negeri Kelantan) tapi kita akan kenalpasti. Semua kawasan Orang Asli kita akan rizabkan," katanya lagi.

NONE Selepas melalui proses tersebut, barulah ia diluluskan pada mesyuarat kerajaan negeri dan digazetkan, katanya lagi.

Mesyuarat selama kira-kira dua jam itu dipengerusikan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Difahamkan, mesyuarat yang diadakan di Pejabat Taman Kekal Pengeluaran Makanan Lojing di Gua Musang bagi menyesuaikan jadual kempen pemimpin PAS termasuk Nik Abdul Aziz.

Nik Abdul Aziz pada petang ini dijadualkan untuk melawat satu perkampungan Orang Asli di Sandrop yang terletak berhampiran.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini