Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kertas undi didakwa tiada lambang parti
Diterbitkan:  Nov 4, 2010 7:17 AM
Dikemaskini: 8:18 AM

Kertas undi yang dikeluarkan di pusat pengundian di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Baru, Galas didakwa tidak tercetak lambang parti, dakwa isteri kepada calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

Zainab Jalar - juga seorang pengundi DUN itu -  berkata beliau menyedarinya ketika diberikan kertas undi untuk menunaikan tanggungjawabnya, lapor laman web PAS untuk pilihan raya kecil Galas.

"Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja," kata Zainab seperti dilaporkan laman tersebut.

Ekoran insiden tersebut beliau dilaporkan segera menghubungi jentera pilihan raya PAS bagi memaklumkan perkara itu.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil, tambahnya.

Zainab juga berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof.

ADS