Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lawatan exco kerajaan negeri Teresa Kok ke kuil Sri Srinivasa Perumal di Puchong - tempat seorang lelaki bertindak nekad membakar dirinya Isnin lalu - disambut kegamatan perang mulut berhubung 'perebutan' kawasan itu.

NONE Tinjauan Komunitikini pagi tadi mendapati pertengkatan itu berlaku antara pengerusi pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Castlefield, Puchong PM Nagamuthu dengan Yang Dipertuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu N Sivanesan.

Difahamkan, pertengkaran itu ekoran kedua-dua mereka tidak sepakat berhubung tempat penempatan semula tiga bahagian kuil - iaitu stor makanan, tandas dan tangki air - di Pusat Bandar Puchong.

Kuil dan sekolah terbabit hanya terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, hingar-bingar selama 10 minit itu berakhir tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

teresa kok Walaupun tindakan itu dilihat cuba mendapatkan perhatian Teresa sebagai exco kanan Selangor, tetapi ADUN DAP itu yang diiringi ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo, tidak mempedulikannya.

Isu perobohan sebahagian kuil tersebut menarik perhatian pelbagai pihak apabila gara-gara terlalu bimbang, seorang lelaki bertindak nekad dengan 'membakar' dirinya sendiri Isnin lalu.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Teresa memaklumkan isu penempatan stor kuil telah selesai.

Beliau yang juga ahli parlimen Seputeh memaklumkan telah melawat mangsa insiden 'membakar' diri di Hospital Kuala Lumpur semalam dan berjanji akan membiayai kos perubatannya sebanyak RM 2,000.

gobind singh deo Sementara itu, ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo menyifatkan insiden yang berlaku ke atas mangsa terbakar adalah tragedi sangat menyedihkan.

Katanya, beliau mengetahui perkara tersebut ketika berada di Parlimen Isnin lalu menerusi panggilan telefon daripada seorang ahli majlis MPSJ.

"Isu ini sangat sensitif dan sepatutnya perlu berbincang terlebih dahulu," katanya ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke kuil tersebut, pagi tadi.

Lagi di komunitikini

ADS