BERITA

Abdul Aziz angkat sumpah sebagai ADUN

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Nov 2010, 2:52 pagi

Abdul Aziz Yusoff yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November lalu, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang baru.

NONE Majlis angkat sumpah itu diadakan di hadapan Timbalan Speaker Mohd Zaki Ibrahim sebelum persidangan DUN bermula 9 pagi tadi.

Pada pilihan raya kecil awal bulan ini, Abdul Aziz, 49, menang dengan majoriti 1,190 undi setelah memperolehi 5,324 undi menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang mendapat 4,134 undi.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya dari PAS, Chek Hashim Sulaima pada 27 September lalu kerana barah usus.

BN kini mempunyai tujuh wakil di DUN Kelantan manakala PAS 38.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.