BERITA

Pro-ISA protes forum anti-ISA

Susan Loone

Diterbitkan
Dikemaskini 21 Nov 2010, 7:22 pagi

Kira-kira 50 Pemuda Umno Pulau Pinang dan orang ramai berkumpul sekitar kompleks Komtar sebagai 'membalas' forum yang membincangkan akta ISA.

Forum itu yang dinamakan'Alat Politik untuk Penindasan' melibatkan pelancaran buku bekas jawatankuasa pusat GERAKAN Toh Kin Woon berjudul Fifty Years Under the ISA (50 tahun bawah ISA).

penang attack on anti isa forum 211110 umno youth violence Peserta perhimpunan 'pro-ISA' - dipimpin ketua Pemuda Umno negeri Norman Dhalan dan Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar Abdul Ghani Mohammad Jiman - menjeritkan slogan "Hidup ISA!", "Halau pengkhianat!" dan "Hanya pencuri dan penyanggak takut ISA".

Mereka berjaya sampai ke depan pentas di mana pemforum dijadual bercakap.

Bagaimanapun, ketika penganjur menjemput mereka turut berhujah, pelawaan itu ditolak.|

Bagaimanapun, ketika itu, sebahagian daripada mereka terus melaungkan "Kekalkan ISA"dan "Yes to ISA! (Ya kepada ISA!)."

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.