Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pemilihan parti itu pada 2011 akan ditunda selama 18 bulan bagi memberi ruang untuk mengukuhkan parti.

Katanya, keputusan yang dibuat sebulat suara oleh majlis tertinggi itu melibatkan pemilihan bagi peringkat bahagian dan jawatankuasa tertinggi parti.

NONE "Ini merupakan peruntukan dalam Perlembagaan parti yang bukan kali pertama tetapi beberapa kali kita gunakan supaya seluruh perhatian dan tenaga kita terarah ke arah memantapkan proses penyediaan pemantapan parti kita," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi itu di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur lewat malam semalam.

Najib berkata keputusan untuk menunda tarikh pemilihan itu dibuat bagi mengelakkan perpecahan di kalangan anggota parti itu pada tahun depan.

Tambahnya, parti itu yakin akan dapat mengawal tekanan seperti itu yang dilihatnya berlaku dalam parti politik lain.

"Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti," katanya.

Katanya lagi, beliau menginginkan parti itu menumpukan usaha untuk memperkuat dan memperbaiki Umno berasaskan model politik baru.

Pilihan raya umum

Jangkaan sebelum ini bahawa Umno sedang menyusun semula barisan kepemimpinannya bagi menghadapi pilihan raya mengejut bagaimanapun meleset dengan pengumuman itu.

NONE Najib dalam perhimpunan agung parti itu bulan lalu mengumumkan akan membuat penyususan semula berkenaan ke atas barisan kepemimpinannya yang menimbulkan jangkaan berkenaan.

Mengulas perkara itu, Najib berkata penyusunan semula kepemimpinan negeri sedang berjalan dan satu penguman mengenainya akan dibuat menjelang akhir tahun.

Katanya beliau memerlukan masa untuk membolehkan timbalan presiden dan setiausaha agung bertemu dan membuat rundingan dengan pemimpin tertentu di peringkat negeri bagi mengenalpasti bidang tugas mereka.

NONE Ditanya sama ada penangguhan pemilihan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke 13 akan datang, Najib, yang menang tanpa bertanding bagi tempoh pemilihan parti 2008-2011, berkata ia bukanlah sesuatu yang baru.

"Setahu saya sudah tiga empat kali kita pakai peruntukan ini dari dulu lagi, tidak ada masalah yang aneh dan luar biasa," katanya.

Kali pertama MT Umno menunda pemilihan parti ialah pada tahun 1999, apabila perhimpunan itu ditangguh hingga Mei 2000 bagi membolehkan parti memberi tumpuan

kepada pilihan raya umum 1999. 

Mengenai penyusunan semula kepimpinan Umno peringkat negeri, Najib berkata beliau akan mengumumkan perkara itu sebelum hujung tahun ini kerana memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan beberapa pemimpin tertentu di peringkat negeri.

Penyusunan peringkat negeri

"Saya telah maklumkan bahawa perkara ini akan dilakukan dan diumumkan sebelum akhir tahun ini dan bukan malam ini, saya perlukan sedikit masa bersama-sama timbalan presiden dan setiausaha agung untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri untuk lebih menentukan apakah tugasan dan jangkaan terhadap mereka," katanya.

NONE Beliau berkata penyusunan semula itu mungkin akan membabitkan muka baru dan juga ada pemimpin yang akan dilantik semula.

Ditanya mengenai desas-desus akan berlaku rombakan Kabinet, Najib sekali lagi mengulangi bahawa itu hanya khabar angin dan terpulang kepada individu untuk membuat tafsiran masing-masing.   

"Itu semua khabar angin, bila saya kata khabar angin ia boleh jadi betul, ada sesetengah khabar angin boleh jadi tidak betul, terpulang pada tafsiran masing-masing," katanya.

Kursus wajib parti

Perdana Menteri berkata mulai awal tahun depan, semua ketua cawangan dan ketua sayap peringkat cawangan diwajibkan untuk menghadiri kursus parti yang bakal menyaksikan lebih 50,000 pemimpin Umno diberi latihan.

"Kita akan terus melakukan perubahan berdasarkan kepada Model Politik Baru  yang telah saya gariskan tujuh prinsipnya, dan ini kita akan murnikan lagi dan kita akan terangkan tentang gagasan 1Malaysia dan bagaimana Umno adalah parti yang mendahulukan rakyat, (menjaga) kepentingan rakyat dan (mementingkan) delivery system (sistem penyampaian) kita," katanya.

Aziz Yusof BN Galas candidate Najib berkata mesyuarat itu juga mengambil maklum berkenaan dengan perkembangan semasa politik negara selain telah menerima laporan mengenai kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi baru-baru ini.

   

"Kita juga ambil maklum bahawa umum berpendapat perkembangan kini menjurus kepada perkembangan yang lebih merangsangkan dan lebih positif, mungkin ini disebabkan dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan menampakkan sedikit sebanyak kejayaan dan penambahan keyakinan rakyat," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS