Malaysiakini BERITA

'Siapa yang waras akan sengaja masuk perangkap?'

Hafiz Yatim  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

"Siapakah yang berfikiran waras, akan dengan sengaja memasuki  perangkap jika dia sudah tahu mengenainya?" kata peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 02 "Ini sama sekali tidak logik dan benar-benar tak masuk akal," kata

Sankara Nair (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Sankaran menjawab dakwaan dalam Wikileaks yang tuduhan liwat terhadapnya adalah satu perangkap oleh musuh politiknya.

Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew telah dipetik dalam satu pendedahan sebagai berkata Anwar mungkin mengetahuinya "tapi tetap masuk ke dalamnya (perangkap)".

Dalam satu kenyataan, Sankara berkata Anwar sudah menyedari sesuatu yang jahat sedang dirancang, seperti yang dibayangkannya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada tarikh 3 Julai 2008.

Sewaktu wawancara itu, Anwar berkata, beberapa minggu sebelumnya, beliau telah diberitahu bahawa IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) sedang mereka sesuatu, dan itu lima atau enam hari sebelum "seseorang datang memberitahu saya bahawa ini adalah serius."

"Ini disampaikan kepada saya dan saya terfikir bagaimana mereka akan membiarkan isu '98 untuk muncul kembali," kata Sankara.

Sementara itu, Anwar menafikan tuduhan tersebut,dalam catatan Twitternya, "Source? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada"

Sankara juga juga mendakwa akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia mengamalkan 'kewartawanan yang tidak bertanggungjawab' dalam melaporkan pendedahan tersebut.

Katanya, media tempatan telah memilih untuk bergantung kepada laporan untuk menerbitkan perkara yang tidak terbukti dan hanya berdasarkan kepada desas-desus dan telahan.

"Sampai saat ini, semakan kami dengan rakan sejawatan serta pelbagai sumber menunjukkan tiada rujukan seperti itu dibuat oleh Wikileaks berdasarkan tuduhan khusus seperti yang dilaporkan dalam Herald Sun (Sydney Morning Herald) ," katanya.

Sankara mendakwa akhbar berkenaan sengaja mengherotkan laporan tentang Anwar dan memfokus terhadapnya sahaja dan meninggalkan semua tuduhan serius terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan yang lain-lain.

Jelas, kata Sankara, kedua-dua khabar tersebut mempunyai "motif jahat dan telah mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab".

'Subjudis untuk dilaporkan'

Sankara juga menyifatkan laporan mengenai dakwaan tersebut sebagai "jelas subjudis" dan ia mungkin merupakan satu penghinaan mahkamah, kerana perbicaraan sedang berlangsung.

Katanya, penerbitan kenyataan yang berkaitan dengan dakwaan kesalahan itu adalah dilarang.

Katanya, tindakan itu menceroboh integriti perbicaraan dan hakim berkewajiban untuk melindungi kesucian perbicaraan, terutama daripada mereka yang bukan dalam sistem kehakiman jenayah, dan dalam hal ini, pihak media.

Menurutnya, laporan media telah mensasarkan tepat pada perbicaraan dan "kami amat memandang berat terhadapnya".

Sambil menegaskan bahawa hakim juga manusia, Sankara berkata, fokus media itu boleh mempengaruhi persepsi umum terhadap Anwar.

[Baca berita penuh]