BERITA

'Pukul' jurugambar: NUJ desak polis tak keterlaluan

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Jan 2011, 3:08 petang

Ekoran insiden seorang jurugambar dipukul polis, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak pihak berkuasa tidak keterlaluan menjalankan tugasnya terhadap pengamal media yang turut menjalankan tanggungjawab sama.

NONE Mengulas insiden terhadap jurugambar Bernama semalam, Presiden NUJ Hata Wahari ( kanan ) berkata, Hairul Nizam Baharin hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada pembaca.

"Jurugambar itu hanya menjalankan tugas profesionalnya dan tiada sebab polis bantuan meminta Hairul menyatakan identitinya memangkang tempat itu bukan kawasan larangan," kata Hata.

Semalam, Hairul, 37, membuat laporan polis terhadap beberapa polis bantuan yang didakwanya memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di Kuala Lumpur.

NONE Hairul dilaporkan berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, sambil menyatakan kekesalannya terhadap tindakan "ganas" itu, Hata menyifatkan tanggakan itu dibuat secara salah apabila digari, dibawa ke balai polis tetapi kemudian dilepaskan.

"Ini jelas menunjukkan Hairul Nizam tidak melakukan sebagarang kesalahan atau menceroboh," kata Hata yang yang juga wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan