BERITA

Isu Interlok: HRP demo di program Thaipusam PM

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 20 Jan 2011, 8:19 pagi

Seramai sembilan orang ditahan dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di Batu Caves pagi ini.

NONE Sambutan berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok .

Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan Parti Hak Asasi Manusia HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang mengedarkan satu kenyataan.

Kumpulan seramai 20 orang itu juga dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "Haramkan Interlok."

Pergelutan kemudiannya berlaku apabila peserta demonstrasi tersebut cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.

Polis menahan Jayathas serta lapan yang lain dalam kejadian itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan polis membuat penahanan berkenaan.

"Ketika polis hendak menghalang kesemua mereka yang berumur antara 18 hingga 46 tahun itu, mereka merempuh polis menyebabkan mereka ditangkap," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kesemua mereka kini ditahan di Balai Polis Selayang.

NONE Dalam kenyataan yang diedarkan itu, Jayathas berkata HRP menuntut Interlok ditarik balik daripada kurikulum SPM.

Beliau antara lainnya memberi alasan, novel itu mengandungi "penipuan" yang tidak melayakkannya dikategorikan sebagai sastera serius.

Protes daripada HRP itu timbul berikutan gesaan oleh NGO dan parti politik masyarakat India supaya menarik balik Interlok daripada sukatan pelajaran.

Buku berkenaan, malah gambar penulisnya Datuk Abdullah Hussain sendiri telah dibakar dalam satu lagi protes pada 8 Januari lalu.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.