BERITA

Kapal TLDM selamatkan kapal MT Bunga Laurel

Diterbitkan
Dikemaskini 22 Jan 2011, 3:08 pagi

Kapal bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia Bunga Mas 5 (TLDM BM 5) semalam menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel bersama 23 krew kapal itu yang dirampas lanun di perairan Teluk Aden.

counter terrorism soldier malaysia 221203 Rampasan kapal MT Bunga Laurel itu berlaku kira-kira 300 batu nautika timur Oman pada jam 11.40 malam, dua jam selepas ia dipisahkan di kawasan 'selamat' setelah diiringi kapal TLDM itu melalui perairan Teluk Aden.

Kapal MT Bunga Laurel adalah kapal jenis 'chemical tanker' yang disewa khas oleh MISC bagi membawa muatan minyak pelincir dan ethylene dichloride dari Asia Barat ke Singapura.

Unit komunikasi korporat kementerian pertahanan dalam kenyataan di Kuala Lumpur  berkata kapal MT Bunga Laurel telah dinaiki tujuh lanun yang berasal dari Somalia bersenjatakan senapang AK-47 dan pistol dengan menaiki bot jenis 'skiff'.

Pihak lanun seramai 18 orang itu juga dipercayai menggunakan sebuah kapal induk bagi melancarkan serangan, kata kenyataan itu.

terrorism counter terrorism forces Krew kapal MT Bunga Laurel bagaimanapun sempat mengaktifkan 'ship security alert system' sebelum berlindung di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal.

Kenyataan itu berkata helikopter Fennec TLDM yang dilancarkan dari kapal bantuan TLDM BM5 turut terlibat dalam operasi itu dengan memberi bantuan pemantauan dan tembakan dari udara.

"Seramai tiga orang lanun mengalami kecederaan dalam kejadian ini dan diberi rawatan di atas kapal bantuan TLDM BM 5.

"Bagaimanapun status kerosakan kapal induk dan kecederaan pada lanun yang berada di atasnya pada ketika ini tidak dapat dipastikan oleh kerana serangan itu dilakukan pada waktu malam," kata kenyataan itu.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.