Demo Interlok: Seramai 109, termasuk Uthaya ditangkap

   

[GALERI FOTO]

Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya, Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran ‘rasis’ oleh Umno di negara ini menemui kegagalan.

hindraf mass rally against umno and interlok 270211 4 Demonstrasi besar-besaran yang dijadualkan itu juga sebagai membantah novel 'Interlok' karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain menggunakan terdapat perkataan ‘paria’ yang dianggap menghina masyarkat India.

Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi.

“Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih,” kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini .

hindraf mass rally against umno and interlok 270211 2 Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.

Adalah difahamkan perarakkan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Selain Uthayakumar, 17 lagi individu yang terbabit dengan perarakan itu juga dicekup oleh polis pagi ini - tujuh di KLCC manakala 10 lagi di Hotel Renaissance.

Identiti mereka belum diketahui.

Setakat jam 10 pagi tadi, dianggarkan tidak kurang 100 orang di beberapa tempat seluruh Kuala Lumpr telah ditankap.

hindraf arrests klcc Mereka yang dipercayai penyokong Hindraf, khususnya masyarakat keturunan India yang berjalan-jalan sekitar bandaraya dieriksa dan keudiannya ditahan.

Menurut orang ramai yang lau lalang, mereka ditahan dan beg mereka digelidah meskipun mereka tiada kaitan dengan perarakan berkenaan.

Sekitar jam 9.15 pagi, kira-kira 80 orang dalam beberapa kumpulan kecil antara 10 hingga 30 penyokong HRP dan Hindraf berarak dari Hotel Renaissance menuju ke KLCC, sambil menjerit 'Makkal Sakthi' dan beberapa slogan lain – semua mereka ditangkap di hadapan Hotel Maya.

Veeramani, seorang wartawan komuniti yang bermeja-T 'Citizen Journalist' dan juga seorang pemberita dariakhbar Tamil, Makkal Osai , adalah antara merekayang dicekup pagi ini.

hrp cops Turut ditangkap adalah ketua HRP Kedah, Ramu Ramasamy dan seorang lagi pemimpin HRP Pulau Pinang. Kedua-dua mereka dibawa ke ibu pejabat daerah polis Sentul.

Jayathas yang pada sebelah bagi membekalkan maklumat kepada wartawan berhubung perarakan hari ini juga dicekup padajam 10 pagi dan telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Jinjang.

Di sebalik kekecohan itu, sekupulan peljar yang mewakili Persatuan Pelajar Tamil Malaysia Berjaya mengadakan demonstrasi kecil di Jalan Mayang, off Jalan Ampang, berhampiran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia bagi membantah penggunaan novel Iterlk di sekolah. Mereka kemudiannya bersuraitanpa esiapun ditangkap.

hindraf mass rally against umno and interlok 270211 4 Menjelang 10.20 pagi, keadaan sekitar KLCC dilaporkan tenang kembali apabila kebanyakan penyokong HRP dan Hindraf dilaporkan sudah melarikan diri ataupun ditangkap polis.

Mereka kemudiannya berkumpul di kuil Kootu Malai Pillayar Temple berhampran stesen bas Pudu dan puluhan peyokong mereka mejerit 'Hindraf Velga!',   'Haramkan Interlok!' dan 'Jangan hina kaum India'.

Selepas keletihan menjerit lebih setengah jam sambil mengibarkan sepanduk, kumpulan otu bergerak ke arah ibu pejbat polis kontijen Kuala Lumpur.

Mereka termasuk enam anggota berlainan keupayaan (OKU) termasuk ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan.

rally proceeds to Pudu IPK Menjelang jam 11.45 pagi, kumpulan itu semakin ramai dengan dianggarkan tidak kurang menyertai mereka dan berarak ke ibu pejabat kontijen itu.

Semasa perarakan, beberapa kereta peronda polis dilihat memantau keadaan dan cuba menyuraikan mereka yang berhimpun itu.

Setiba di ibu pejabat kontijen Kuala Lumpur, mereka menuntut timbalan ketua polis Kuala Lumpur, Amar Singh membebaskan semua yang ditahan dalam masa sejam. Malaysiakini difahamkan sekurang-kurangnya 109 orang ditahan pada rali hari ini.

Mereka mengugut jika rakan-rakan mereka tidak dibebaskan, mereka akan berkhemah di luar pejabat polis Pudu.

jinjang station gates Bagaimanapun pada jam 12.30 tengahari, kebanyakan mereka mula bersurai dan hanya kira-kira 20 orang yang masih menunggu untuk meneruskan protes.

Ada yang dipercayai bergerak ke arah ibu pejabat polis daerah jinjang apabila mendapat tahu Uthayakumar ditahan di sana.

Meskipun terdapat sekatan jalan menuju ke sana dan dikawal enam anggota polis, menjelang jam 2 petang, jumlah yang memprotes di sana meningkat kepada 60 orang. Pihak polis kemudiannya kelihatan berunding dengan mereka.

Sebelum itu, sekumpulan individu yang tidak dikenali menyamar sebagai wartawan Malaysiakini dengan menggunakan tag media palsu. Mereka cuba bergaduh dengan polis di balai Pudu dan mendakwa mereka ditugaskan oleh portal berita ini.

hindraf rally marchers Sementara itu, jalan-jalan utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak awal pagi ini telah dipantau dengan beberapa sekatan di lokasi-lokasi strategik bagi mematahkan demonstarsi yang dirancangkan itu.

Antara tempat yang dilaporkan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan alan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh.

Perarakan itu sepatunya bermula di KLCC tetapi rancangan mereka terpaksa ditukar kerana kehadiran jumlah polis yang agak besar pagi ini sekitar bangunan berkenaan.

hindraf arrests klcc Dianggarkan tidak kurang 200 anggota polis termasuk mereka yang tidak memakai pakaian seragam berada di lokasi berkenaan. Sebahagian besar mereka ditempatkan di antara Jalan Ampang - Avenue K dan bangunan berkembar Petronas.

Wartawan diberi arahan supaya tunggu di sebuah perhentian bas di KLCC, tetapi arahan itu seringkali tidak diendahkan apabila mereka mendapat tahu berlaku kekecohan di sesetengah tempat.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda