Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mungkinkah identiti 'Lelaki Y diketahui esok?
Diterbitkan:  Feb 28, 2011 10:35 PM
Dikemaskini: Mar 1, 2011 7:40 AM

Pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan beberapa eksibit yang mungkin mendedahkan identiti 'Lelaki Y' melalui profil DNA, yang air maninya ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pendakwaan, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya akan memanggil saksi baru memberi keterangan berhubung sampel terbabit esok.

NONE Sehubungan itu, sampel seperti sehelai tuala 'Good Morning', sebatang berus gigi berwarna putih, sehelai tuala dan sebotol air mineral mungkin mendedahkan identiti 'Lelaki Y'.

Mohamed Yusof memaklumkan perkara itu selepas mahkamah selesai mendengar keterangan lima saksi pendakwaan hari ini.

Rabu lalu, ahli kimia Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah bahawa profil DNA yang diperoleh daripada berus gigi, tuala dan botol air mineral itu sepadan dengan profil DNA 'Lelaki Y'.

Nor Aidora, dari Jabatan Kimia, turut mempertahankan pendapatnya bahawa hanya profil DNA 'Lelaki Y' ditemui pada tuala 'Good Morning' yang dianalisis, selain kaedah pemprofilan DNA yang dilakukan ke atas tuala itu tepat dan tidak tercemar.

Terdahulu, dua penganalisis forensik digital memberitahu mahkamah terdapat perbezaan masa dalam rakaman kamera tertutup (CCTV) di Kondominium Desa Damansara dengan standard waktu tempatan (MSM)).

NONE Perbezaan itu ialah 19 minit lewat di CCTV pejabat pengurusan kondominium dan sembilan minit 15 saat di pondok pengawalnya berbanding komputer riba milik mereka.

Pengurus operasi forensik digital Mohd Zabri Adil Talib, dari syarikat Cyber Security Malaysia, berkata masa yang tercatat di komputer ribanya adalah sangat tepat dan mengikut waktu MSM, selain diperoleh daripada Jabatan Metrologi yang diselaras oleh Sirim.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria pada perbicaraan kes Anwar, 63, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang

Saksi ke-10 pendakwaan itu berkata beliau ke kondominium tersebut pada 30 Jun 2008 selepas diminta oleh polis untuk menjalankan proses pengklonan rakaman CCTV terbabit.

desa damansara condominium 020708 "Apabila tiba di kondominium itu, ACP Fadzil (Ahmad) telah memberikan taklimat asas berkenaan dengan bantuan kepada makmal forensik untuk membuat proses klon yang dijalankan terhadap sistem rakaman CCTV," katanya.

Ketika diminta menerangkan proses pengklonan itu, beliau berkata ia akan menyalin 100 peratus data digital daripada 'cakera keras' asal.

Kepada soalan lain, Mohd Zabri berkata cakera pertama tidak akan terjejas akibat proses itu kerana beliau menggunakan alat forensik yang turut digunakan di luar negara.

anwar ibrahim saiful bukhari sodomy allegation desa damansara 300608 03 Mohd Zabri berkata selepas itu, beliau menyerahkan salinan klon kepada pejabat pengurusan bagi membolehkan mereka menjalankan operasi CCTV seperti biasa, manakala cakera keras yang asli diserahkan kepada ACP Fadzil.

Ketika disoal balas peguam SN Nair yang mewakili Anwar, beliau berkata waktu pada CCTV di pejabat pengurusan dan pondok pengawal tidak sama.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis digital Sharizuan Mohd Omar berkata terdapat perbezaan masa selama sembilan minit 15 saat antara rakaman CCTV di pondok pengawal berbanding komputer ribanya.

anwar ibrahim saiful bukhari sodomy allegation desa damansara 300608 02 "Masa di CCTV di pondok pengawal ialah 0.7.28.00, masa di laptop saya ialah 0.7.37.15. Hasil penganalisaan ini, masa di CCTV sistem lewat sembilan minit 15 saat berbanding masa di laptop saya," katanya yang menambah untuk setiap CCTV di pondok pengawal itu, masanya perlu ditambah sembilan minit 15 saat bagi  memperoleh MSM.

Sementara itu, Ketua Seksyen Audio Video dari Makmal Forensik Maktab Polis Cheras, ACP Fadzil berkata pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira meminta beliau ke kondominium itu untuk menyiasat rakaman CCTV dalam kes Anwar.

Beliau berkata proses pengklonan di pejabat pengurusan itu bermula pada 7.05 malam dan berakhir pukul 9.32 malam, manakala di pondok pengawal berakhir pada 9.04 malam.

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung esok.

- Bernama

ADS