BERITA

Seluar dalam diambil dari rumah teman wanita Saiful

Hafiz Yatim

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Mac 2011, 6:06 pagi

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung pagi tadi dengan mahkamah mendengar keterangan dari pegawai  penyiasat Supt Jude Blacious Pereira.

NONE Menurut Pereira,  pada jam 8.30 petang 29 Jun 2008, beliau pergi ke rumah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Bandar Utama dan mengambil sehelai seluar hitam, sehelai seluar jenama Levi dan sehelai kemeja tangan panjang berwarna hijau.

Katanya, Saiful ada bersamanya dapabila dia menunjukkan barang-barang tersebut.

Barang-barang dikenal pasti oleh saksi di mahkamah.

Hadirin kedengaran ketawa ketika seluar dalam Saiful ditunjukkan pada mahkamah.

Pereira berkata, sehelai lagi seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful, yang telah dicuci.

Katanya, ketika itu seluar dalam itu lembab.

Sebelum itu, Pereira memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil KY gel jenama Johnson and Johnson ketika Saiful berada di hospital.

Beliau mengesahkan gel tersebut di mahkamah ketika ditunjukkan kepadanya.

Sementara itu, Periera memberitahu mahkamah prosedur rakaman lisan oleh polis hanya boleh dirakamkan sebelum jam 6 petang, justeru menyebabkan Anwar ditahan semalaman di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

NONE Katanya, penahanan itu bagi membolehkan beliau menyambung sesi keterangan Anwar pada keesokan harinya.

"Saya tahan kerana siasatan saya masih belum selesai. Ada beberapa soalan saya perlu tanya. Kami ada arahan tidak boleh rekod pada waktu malam," katanya.

Menurut Periera, sesi pada keesokan harinya diteruskan berkaitan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian mengarahkannay merujuk kepingan gambar untuk mengecam individu-individu yang hadir ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 termasuk Anwar dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Periera adalah saksi terakhir pendakwaraya.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.