mk-logo
Berita
S'gor tak boleh tutup kedai nombor ekor seperti di K'tan
Diterbitkan:  Mar 10, 2011 12:50 PM
Dikemaskini: Mar 11, 2011 2:14 AM

Kerajaan negeri Selangor tidak boleh menutup kedai yang menjual tiket loteri atau nombor ekor di negeri itu sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan, lapor Bernama.

    

Bernama memetik pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali sebagai berkata kerajaan negeri akan meminta pandangan alim ulama dan pengamal undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat tindakan seperti itu, lapor Bernama .

NONE Bagaimanapun keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan, katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

    

Hasan, yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, berkata orang Islam di Selangor diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Islam kerajaan negeri.

    

Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang Islam yang berjudi, meminum arak atau pun melakukan  maksiat di tempat terbuka.

    

Ditanya mengenai kegiatan pihak tertentu mengedar risalah tilik nasib dan nombor ramalan empat ekor yang memaparkan pengalaman orang Islam yang kononnnya memenangi hadiah, beliau berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat JAIS tidak lama lagi bagi mengenal pasti bentuk tindakan yang akan diambil.

- Bernama

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS