BERITA

MCA mahu k'jaan segera lepaskan Al-Kitab

Salhan K Ahmad

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Mac 2011, 11:59 tengahari

p { margin-bottom: 0.08in; }MCA hari ini menggesa kerajaan supaya segera membuat keputusan berhubung penahanan naskah kitab Injil Al-Kitab di dua pelabuhan di negara ini.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Kementerian Dalam Negeri perlu membuat ketetapan supaya kitab berkenaan dapat dilepaskan segera.

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Chua berkata, peguam negara juga perlu membuat ketetapan berhubung isu berkenaan.

Chua juga berkata, isu berkenaan akan menimbulkan spekulasi dan dieksploitasi golongan tidak bertanggungjawab sekiranya dibiar berpanjangan.

Gesaan itu timbul berikutan kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini bahawa penahanan kitab berkenaan adalah berkaitan kes rayuan oleh akhbar Katolik The Herald .

Kes rayuan itu adalah berhubung permohonan untuk menggunakan perkataan Allah di dalam penerbitannya.

Hishammuddin juga dilaporkan berkata, peguam negara telah diminta untuk memberi pandangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Dalam pada itu, Chua juga berkata kerajaan perlu jelas dalam pendiriannya dalam menjamin pendiriannya bahawa hak dan kebebasan seseorang menganut agama.

"MCA juga ingin menegaskan bahawa semua warganegara Malaysia mempunyai kebebasan untuk belajar dan mengamal agama mereka dalam sebarang bahasa tanpa halangan daripada pihak berkuasa.

"MCA mendesak bahawa semua kakitangan kerajaan supaya tidak mangambil tindakan yang keterlaluan atas sebarang (persuratan) agama demi menjamin keharmonian masyarakat," kata Chua lagi dalam satu kennyataan.

Tambahnya, kerajaan juga perlu memberi kebenaran untuk mencetak Al-Kitab dalam bahasa kebangsaan bagi membolehkan penerbitan itu diedarkan di gereja tempatan.

p { margin-bottom: 0.08in; }

"Jika (kitab) Injil itu dicetak di Malaysia, ia (boleh) dicap dengan (label) 'untuk Kristian sahaja'," katanya lagi.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.