Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Para pemimpin pembangkang meluahkan kemarahan mereka melalui Twitter mengenai klip video yang dipertontonkan kepada media hari ini, yang menunjukkan individu yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan aksi seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Sambil menafikan ketua pembangkang itu adalah individu dalam klip video tersebut, mereka berkata, tindakan tersebut merupakan satu lagi percubaan gabungan BN untuk menghalang rancangan politik mereka.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chua Video itu dipertontonkan hari ini di hotel Carcosa Seri Negara kepada editor dan wartawan media arus perdana dan media alternatif.

Malaysiakini tidak dapat menghubungi Anwar melalui telefon bimbit untuk mendapatkan reaksinya.

Di Parlimen, naib presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian

Chua (kiri) memberitahu sidang akhbar bahawa perkembangan terbaru itu menunjukkan "BN begitu terdesak" untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu yang menjejaskan kerajaan.

"Sekali lagi, mereka beralih daripada isu-isu utama - pilihan raya, dasar... mereka mahu kekal memerintah Sarawak. Jadi, mereka beralih kepada serangan peribadi," kata Tian.

Beliau juga mempertikaikan ketulenan klip video selama 20 minit itu, kerana parti itu tidak diberi salinan asal.

Mahfuz: Rekacipta untuk aibkan Anwar 

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklum balas bahawa orang yang  ditayangkan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita mempunyai perut “buncit’  yang bukan iras Anwar.

NONE "Ini ada kaitan dengan unsur-unsur politik yang disebut oleh ramai wartawan tadi bahawa video  itu menunjukkan muka Datuk Seri Anwar tetapi  bahawa video  perutnya, perut buncit….perut saya lebih buncit dari perut Datuk Seri Anwar ," kata Mahfuz ( kiri ).

Mahfuz juga membidas Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkata polis sanggup menyiasat kesahihan video itu jika ada pihak membuat laporan.

Mahfuz berkata Hishamuddin sepatutnya sedar bahawa polis boleh menyiasat tanpa menunggu laporan orang awam.

"Sepatutnya  tak perlu buat laporan polis dan polis  terus boleh buat siasatan. Tanya pihak Carcosa kenapa boleh benarkan  tayangan video berunsur lucah.  Ini… seolah-olah tayangan video lucah dihalalkan dalam negara kita,” kata Mahfuz .

“Maka saya minta polis terus menyiasat, tak perlu tunggu laporan dari mana-mana pihak," tambah beliau.

seri carcosa 5.jpeg Mahfuz berkata, beliau hairan bagaimana sebuah hotel lima bintang seperti Carcosa Sri Negara membenarkan seseorang individu yang tidak dikenali menayangkan video seks

“Saya nak minta pihak polis siasat bagaimana pihak Carcosa boleh membenarkan satu program tayangan video yang berunsur lucah, sedangkan tiada pun undang-undang mengatakan  hotel yang bertaraf lima bintang atau enam bintang, malah jika tahi bintang pun,  boleh tayang video lucah,” tambah  beliau.

Mahfuz  berkata keengganan  pihak di sebalik video itu untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan majlis agama amat mencurigakan dan harus menjadi persoalan utama

“Kalau mereka bertujuan untuk mengatakan ada orang-orang tertentu dalam video tersebut melakukan perlakuan-perlakuan yang sumbang ini, sepatutnya mereka  menyerahkan video tersebut kepada pihak berkuasa, atau pihak berkuasa agama kalau membabitkan orang Islam.”kata Mahfuz.

“Jadi ini yang sepatutnya  menimbulkan tanda tanya…. apa agenda sebenarnya yang dibuat oleh pihak penganjur yang membuat tayangan ini," tambah beliau.

[Baca berita penuh]

ADS