BERITA

Liwat II: PM dan isteri antara ditawar sebagai saksi

Hafiz Yatim

Diterbitkan
Dikemaskini 24 Mac 2011, 5:17 pagi

[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada barisan pembelaan dalam bicara kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut ditawarkan adalah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor, beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Tinggi pada perbicaraan hari ini juga menolak permohonan pembelaan bagi hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusan yang dibuatnya semalam.

Katanya, tiada asas untuk berbuat demikian setelah meneliti hujahan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

Berikutan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin memanggil semula dua saksi bagi membolehkan tiga barangan yang sebelum ini dipertikaikan diterima sebagai bukti.

Barangan berkenaan - sebuah botol air minuman berjenama Cactus, tuala 'Good Morning' dan sebatang berus gigi berwarna putih. Semua barangan ini diperolehi daripada sel Anwar selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

Dua saksi berkenaan - ahli kimia Nor Aidora Saedon dan bekas ketua Penyiasat Lokasi Jenayah, Supt (Rtd) Amidon Anan -terbabit mengendalikan barangan berkenaan.

Nor Aidora sebelum ini pada keterangannya berkata DNA yang diperolehi daripada barangan tersebut adalah daripada ‘Lelaki Y”.

Mohd Yusof kemudian memohon dua minggu bagi pihaknya mengemukakan hujah. Peguambela Karpal Singh pula meminta tiga minggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga 18 April ini bagi membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan.

[Berita penuh menyusul]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.