Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MIROS: Pemandu lelaki lebih berisiko di jalan raya
Diterbitkan:  Mar 30, 2011 5:08 PM
Dikemaskini: 3:32 PM

Isu kemahiran memandu di kalangan golongan lelaki dan wanita semakin galak diperkatakan, malah turut mendapat ulasan daripada ketua pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Professor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Isu berkenaan mula ditimbulkan oleh ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dalam satu sidang Dewan Rakyat pada hari Isnin lalu.

Beliau dilaporkan berkata, cara pemanduan kebanyakan wanita di Malaysia negara ini amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

NONE Kenyataannya itu menerima bantahan keras daripada beberapa ahli parlimen dan juga NGO wanita yang menyifatkan Bung Moktar sebagai seorang seksis kerana berpandangan demikian.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Farhan tampil mempertahankan kaum wanita dengan mengemukakan data yang menunjukkan bahawa pemandu lelaki lebih banyak terlibat dalam nahas jalan raya – sehingga 2.4 kali lebih banyak.

Ahmad Farhan juga mengemukaakan analisisnya yang menunjukkan bahawa lelaki 2.5 kali lebih berisiko dalam nahas jalan raya berbanding wanita.

azlan Bagaimanapun, wanita juga lebih ramai terlibat dalam kemalangan jalan raya berdasarkan data yang dianalisis MIROS bagi tempoh 2006 sehingga 2009, katanya.

"Namun data ini menunjukkan penglibatan pemandu dalam kemalangan dan tidak menyatakan sama ada mereka yang menjadi punca kemalangan tersebut.

"Oleh itu, kesimpulan yang boleh dibuat hanyalah bahawa risiko telah bertambah, tetapi siapa yang mengakibatkan kemalangan tidak dapat dikenalpasti melalui data yang ada," kata Ahmad Farhan dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menepis pandangan yang mendakwa pemandu kaum hawa bersikap lebih agresif di jalan raya.

Ahmad Arfan berkata, pandangan itu mungkin hanya satu persepsi kerana jumlah pemandu wanita semakin meningkat di seluruh dunia.

"Persepsi yang sama juga berlaku apabila kita melihat seorang penunggang membawa motorsikalnya dengan berbahaya, dan kita sering menyangka bahawa semua penunggang motorsikal begitu.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 05 "Sebenarnya hanya minoriti yang berkelakukan demikian. Inilah masalah persepsi yang boleh membuatkan kita membuat dakwaan tertentu," katanya lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa kaum lelaki dan wanita mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berkait dengan cara pemanduan mereka.

Katanya, wanita kurang berkeupayaan untuk mengagak ruang dan jarak yang menyebabkan kaum hawa lebih berwaspada ketika memasuki simpang, meletakkan kenderaan dan juga ketika memotong kenderaan lain.

"Semasa memandu, seorang wanita juga akan memikirkan beberapa perkara, tetapi memandangkan pemanduan memerluan gandingan aksi dan reaksi, ada kalanya, sesetengah wanita akan melakukan kesilapan," katanya.

Menurutnya lagi, pemandu lelaki pula mempunyai kemahiran dalam pergerakan tubuh badan (psikomotor) yang lebih tinggi berbanding wanita.

"(Keupayaan) ini sering menjadikan lelaki bekeyakinan dan seringkali juga 'terlebih yakin' sehinggakan kebanyakan lelaki sering mengambil risiko dengan memandu laju dan dengan secara berbahaya.

"Tidak ada masalah untuk berhati-hati tetapi dalam situasi sebegini, samada tindakan adalah berbentuk teragak-agak, ataupun tindakan berbentuk melulu, kedua-duanya boleh menimbulkan risiko," katanya lagi.

ADS