Husam Musa sifatkan Kerajaan BN mesra judi
Umat Islam di negara ini terheret ke dalam industri perjudian apabila agensi-agensi kerajaan turut melabur dalam syarikat perjudian, dakwa Ahli Parlimen PAS kawasan Kubang Kerian, Husam Musa.
Sambil menegaskan bahawa ianya berlaku kerana dasar ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN), Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, berkata:
"Memang tidak dapat dinafikan orang bukan Islam boleh berjudi dan hak ini tidak boleh dilarang. Akan tetapi kerajaan harus sedar bahawa orang Islam juga terlibat kerana pelaburan di dalam syarikat perjudian."
Umat Islam di negara ini terheret ke dalam industri perjudian apabila agensi-agensi kerajaan turut melabur dalam syarikat perjudian, dakwa Ahli Parlimen PAS kawasan Kubang Kerian, Husam Musa.
Sambil menegaskan bahawa ianya berlaku kerana dasar ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN), Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, berkata:
"Memang tidak dapat dinafikan orang bukan Islam boleh berjudi dan hak ini tidak boleh dilarang. Akan tetapi kerajaan harus sedar bahawa orang Islam juga terlibat kerana pelaburan di dalam syarikat perjudian."
Faktor inilah, kata Husam, yang mendorongnya untuk menulis beku bertajuk "Malaysia Darul Kasino" yang menghuraikan dengan terperinci penglibatan BN dan pemimpin Umno dalam industri perjudian di negara ini.
Di dalam bukunya itu, Husam menghuraikan mengenai pemilikan saham oleh kerajaan dalam syarikat perjudian secara langsung dan tidak langsung.
Menurutnya, Buku Awam Persekutuan bertarikh 31 Dis 1999 menunjukkan kerajaan memiliki saham secara langsung didalam Genting International Limited, Resorts World Bhd yang menguruskan kasino di Genting Highland, Berjaya Group dan Metroplex Berhad.
Pelabur terbesar
Dokumen tersebut juga menunjukkan kerajaan memiliki 327,200 unit saham dalam Metroplex dan pegangan saham emas dalam Sports Toto.
Bagi milikan tidak langsung pula, kerajaan terlibat dalam banyak cara. Sebagai contoh, menerusi Menteri Kewangan Diperbadankan, kerajaan mempunyai saham dalam Kamunting Corporation yang merupakan pelabur utama dalam syarikat perjudian Magnum Corporation.
Ia juga mempunyai saham dalam Malaysian Plantation Berhad yang merupakan pelabur kedua terbesar dalam syarikat judi Leisure Management dan Magnum.
Menurut Husam lagi, kerajaan juga mempunyai saham dalam syarikat Golden Hope yang turut mempunyai saham dalam Genting.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula memiliki saham dalam Genting dan Leisure Management melalui Golden Hope.
Katanya, tindakan beliau mengutarakan isu ini tidak bertujuan untuk menafikan hak orang bukan Islam berjudi, tetapi BN sebagai kerajaan yang mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, patut dipertanggungjawabkan ke atas perlaksanaan dasar ini yang turut memberi akibat buruk terhadap orang Islam.
Mesin slot
"Bagaimana negara ini boleh dikatakan negara Islam sedangkan dasar BN seiring dengan kepentingan syarikat perjudian," katanya.
Buku beliau juga menyentuh mengenai pelbagai insentif penurunan cukai sejak pertengahan tahun 2001 di mana syarikat perjudian seperti Tanjung, Magnum dan Sports Toto, diberikan pengurangan cukai dan dengan ini, mencatat keuntungan yang lebih tinggi.
"Saya rasa kerajaan BN bertindak melampau dengan meluluskan operasi 250 mesin slot di Bukit Tinggi sedangkan industri yang tersedia lebih dari cukup untuk menampung aktiviti perjudian orang bukan Islam di negara ini," katanya.
Mengenai buku terbarunya itu, Husam memberitahu ianya sudah berada dipasaran dan dijual dengan harga RM4.
"Harganya murah kerana kami mahu maklumat dalam buku itu tersebar seluas-luasnya," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.