Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majoriti dua pertiga adalah satu 'bonus', kata Najib
Diterbitkan:  Apr 13, 2011 1:14 PM
Dikemaskini: 12:16 PM

Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata, kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri Sawarak pada 16 April ini adalah satu 'bonus'.

NONE Katanya, ini kerana sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri, yang hanya memerlukan kemenangan majoriti mudah.

"Kemenangan dua pertiga adalah satu sasaran yang mampu dicapai. Jika kita capainya dua pertiga itu satu markah bonus untuk wujud kerajaan yang kuat dan stabil," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam yang optimis untuk mengekalkan majoriti dua pertiga dengan kemenangan di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Najib, yang disambut dengan paluan kompang dan bunga Manggar, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".

Oleh itu, katanya, parti komponen BN dari Semenanjung Malaysia datang untuk membantu memperkukuhkan lagi jentera gabungan itu.

Katanya, mereka datang sebagai sebuah keluarga untuk membantu calon BN kekal diperintah BN.

Najib berkata, pihaknya tidak dapat menafikan bahawa kerusi di kawasan bandar berdepan dengan tentangan paling sengit.

Bagaimanapun, katanya, BN telah membariskan senarai calon yang berwibawa.

"Jika (pengundi) tidak melihat ini dan hanya mengundi untuk protes, maka saya tidak tahu lah," katanya kepada wartawan.

Sementara itu, perdana menteri juga berkata, dalam mana-mana pilihan raya, prestasi turun naik biasa berlaku dan BN menyedari pilihan raya Sarawak kali ini adalah paling sengit dalam sejarah politik negeri ini.

NONE "Saya tahu di mana kekuatan BN, di mana kita hadapi tentangan. Kita kena bekerja kuat lagi di kerusi yang terlepas dan kita ada calon yang berwibawa," katanya.

Ditanya kononnya BN cuma membawa "politik Semenanjung", Najib berkata, tuduhan pembangkang itu hanya untuk mengelirukan pengundi sedangkan mereka sendiri turut berkempen di Sarawak.

"Anda tengoklah sendiri Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Guan Eng juga ada di sini turun berkempen.

"Saya - mereka kata tak boleh pulak. Saya adalah Perdana Menteri untuk semua, untuk ralyat Sarawak juga," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS