BERITA

Malaysiakini bertahan, laporan langsung p'raya esok

Diterbitkan
Dikemaskini 15 Apr 2011, 4:01 petang

Server Malaysiakini kekal bertahan walaupun serangan penafian perkhidmatan (DDOS) masih berterusan.

Serangan yang bermula Selasa lalu, memaksa Malaysiakini mewujudkan satu set server baru di pusat data alternatif.

NONE Pasukan teknologi Malaysiakini telah berjaya memulihkan kandungan utamanya - dalam empat bahasa serta video. Bagaimanapun, perkhidmatan tertentu seperti halaman komen belum pulih.

Ekoran trafik yang tinggi, Malaysiakini beroperasi pada 'lean mode' dengan halaman muka depan yang ringkas.

Malaysiakini juga boleh diikuti melalui Wordpress.

Untuk hari pengundian pilihan raya Sarawak esok, Malaysiakini membuat persediaan untuk menampung lebih sejuta pengunjung.

"Seperti pada tahun 2008, kami menjangka kebanyakan rakyat Malaysia akan melayari Malaysiakini untuk mendapat keputusan terkini. Dalam 2008, server kami bertahan sehingga jam 11 malam sebelumnya operasinya terjejas.

"Kali ini kami berharap ia akan bertahan sepanjang malam walaupun berdepan dengan serangan siber,” kata CEO Malaysiakini, Premesh Chandran.

Malaysiakini akan membuat liputan langsung mulai jam 8 pagi esok apabila pusat pengundian di seluruh negeri Sarawak dibuka.  Proses pengundian tamat jam 5 petang dan keputusan pertama dijangka diketahui sekitar 8 malam.

“Kami akan meneruskan liputan langsung sehingga keputusan sepenuhnya diketahui,” tambah Chandran.

Malaysiakini

juga akan menggabungkan Twitter di dalam muka depannya, mengikut kata-kunci seperti #Sarawak, #srwk dan #Sarawak4change.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.