Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar sekolah di Shah Alam bertumbuk
Diterbitkan:  Apr 20, 2011 11:25 PM
Dikemaskini: 11:36 PM

Polis mengambil keterangan daripada 23 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Seksyen 25 di Shah Alam semalam selepas terbabit dalam satu pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata pergaduhan antara pelajar Tingkatan Empat dan Lima itu dapat dileraikan oleh guru sebelum pelajar terbabit dikumpulkan dalam bilik kaunseling sementara menunggu ketibaan polis.

Bagaimanapun pelajar terbabit dibenarkan pulang selepas polis mengambil keterangan daripada mereka di Balai Polis Seksyen 15 untuk menyiasat punca sebenar kejadian, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2010 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam, semalam.

Katanya polis akan berbincang dengan pengurusan sekolah berkenaan bagi mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar-pelajar itu.

- Bernama

ADS