Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Subbaiyah angkat sumpah Senator Isnin ini
Diterbitkan:  Apr 22, 2011 7:04 PM
Dikemaskini: 11:06 AM

Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk P Subbaiyah, akan mengangkat sumpah sebagai Senator Isnin ini, menggantikan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah.

NONE Menurut satu kenyataan Parlimen hari ini, bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu dijadualkan mengangkat sumpah bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, yang dilantik semula sebagai Senator untuk penggal kedua.

Pada pilihan raya umum 2008, Subbaiyah tewas kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam.

Pencalonan beliau dikatakan dikemukakan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beberapa minggu lalu.

Palanivel mahu menghadkan tempoh jawatan senator hanya untuk satu penggal bagi memberikan ruang kepada pemimpin MIC lain dan pemimpin dari negeri yang bukan di bawah kerajaan BN.

Murugiah, bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP), dilantik sebagai Senator pada 2008 atas tiket PPP tetapi menyertai MIC selepas dipecat tahun lalu.

- Bernama

ADS