Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tricubes kenakan caj RM0.50 setiap email

Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

NONE "Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti  email lebih ‘selamat’ dengan kemudahan ‘encryption’.

'Secure Sockets Layer'

"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.

"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.

NONE "Diandaikanlah saya ini pejabat pos, saya, telahpun mendapat mel dan anda juga akan dapat, tetapi jika anda mahukan keselamatan tambahan seperti menyimpan dokumen, maka di situ, akan dikenakan caj tambahan yang pengguna perlu bayar.

"Bagaimanapun, ia adalah pilihan sama ada mereka mahu dapatkan mel sulit dan selamat biasa dengan caj 50 sen atau mereka mahukan ia disimpan. Setiap satu mel itu akan dikenakan bayaran," katanya.

Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar.

Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.

Pada sidang media itu, Khairun juga berkata Tricubes telah dilantik oleh kerajaan untuk menerajui projek permulaan myemail.

"Setakat hari ini, tiada lagi agensi menyertainya. Kami sedang berbincang dengan beberapa agensi dan kini berunding dengan sebuah agensi yang merupakan pelanggan sedia ada kami dan kami berharap dapat memperolehi beberapa pelanggan menjelang hujung tahun," katanya.

azlan Projek Emel 1Malaysia, inisiatif kewangan persendirian, diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menjawab pertanyaan sama ada kerajaan akan memastikan kesemua agensi kerajaan akan melanggan perkhidmatan itu memandangkan ia merupakan projek yang dimulakan oleh kerajaan, Khairun berkata: "Saya rasa soalan itu perlu diajukan kepada agensi-agensi kerajaan dan saya fikir biarlah ia sebegitu.

"Peranan kerajaan sudah jelas dikenal pasti sebagai fasilitator."

[Baca berita penuh]

ADS