Anggota parlimen Kapar S Manikavasagam membuat laporan polis hari ini apabila menjumpai salinan video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang dalam peti surat.

Pemimpin akar umbi popular itu berkata, ia dimasukkan dalam sampul surat yang dialamatkan ke pejabatkan di Klang tengah hari semalam.

Menurutnya lagi, selepas memainkannya, beliau terkejut apabila ia memuatkan gambar seakan-akan bosnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang wanita.

Membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Manikavasagam yang popular dengan panggilan Mike juga mendedahkan sampul yang diposkan ke pejabatnya mempunyai setem dan cop negara Thailand.

Cop itu bertulis"Prasan Mit" bersama tarikh -- 25 April. Pejabat pos Prasan Mit post terletak di tengah-tengah bandaraya Bangkok.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini