Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akademi Islam UM tak akan ditutup
Diterbitkan:  May 3, 2011 3:44 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Kementerian Pengajian Tinggi menafikan khabar angin kononnya akan menutup Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Nilam Puri di Kota Baharu dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebaliknya kementerian itu dan pengurusan UM sedang mengkaji untuk memperkasakan akademi tersebut yang banyak berjasa kepada ilmuan Islam di negara ini selain merupakan institusi pengajian tinggi yang mempunyai sejarah tersendiri di Kelantan.

NONE Antara kajian itu ialah bagaimana untuk memperluaskan lagi fungsi akademi tersebut yang bukan sahaja menyediakan pelajar untuk pengajian Islam tetapi melahirkan pelajar yang boleh menguasai Bahasa Arab bagi menyambung pelajaran mereka ke Universiti Al Azhar, Mesir.

"Kita melihat apakah Nilam Puri boleh menyediakan kursus Bahasa Arab dengan kerjasama (Universiti) Al Azhar seperti yang disyaratkan Al Azhar yang hanya akan mengambil pelajar yang lulus Bahasa Arab," katanya selepas memberikan ceramah motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di Kota Baharu, hari ini.

Beliau berkata ketika ini ada pelajar yang masih tidak menguasai Bahasa Arab dan terpaksa mengambil kursus bahasa itu terlebih dahulu sebelum mengikuti pengajian di universiti terbabit.

universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 02 "Pelajar itu habiskan masa kira-kira dua tahun untuk menguasai bahasa itu sebelum mengikuti kuliah sebenar," katanya.

Sementara itu Saifuddin menasihati pelajar agar tidak meminggirkan ko-kurikulum semasa di sekolah menengah kerana ia penting sebagai syarat utama sebelum memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata walaupun pencapaian akademik mereka sangat tinggi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi jika markah ko-kurikulum mereka rendah, ia mungkin menjejaskan peluangnya untuk memasuki IPTA.

"Kemasukan ke IPTA sekarang semakin kompetitif dan ia tidak cukup dengan keputusan akademik yang baik sahaja dan mesti seimbang dengan markah ko-kurikulum ini," katanya.

--Bernama

ADS