Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCCBCHST: Tiada siapa yang persoalkan Islam
Diterbitkan:  May 6, 2011 2:38 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menolak dakwaan kononnya ndakwa agama Islam sedang diancam dan digugat di negara ini.

Kumpulan itu juga berkata mereka amat “prihatin” dengan kenyataan gabungan NGO Melayu-Islam, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang dibuat pada Rabu lalu.

NONE “Bagaimana kedudukan Islam boleh terancam apabila semua institusi awam dan organ kerajaan di bawah kawalan orang-orang Islam?” soal presiden majlis itu, Reverend Dr Thomas Philips.

Memetik tulisan presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim di blognya, beliau berkata orang Melayu kini memiliki kuasa politik yang sepenuhnya di negara ini.

Zaid juga dilaporkan berkata syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang lain seperti Maybank, Petronas, Telekom Malaysia juga berada di tangan kerajaan dan semua itu diterajui oleh golongan bumiputera-Melayu.

“Kumpulan itu sahaja sudah memiliki modal pasaran RM353 billion daripada keseluruhan Bursa Malaysia,” kata Zaid.

Dengan situasai itu, MCCBCHST berkata mereka “amat hairan” dengan dakwaan PEMBELA bahawa pelantikan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang boleh mengancam dan menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

“Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan persekutuan yang melarang jawatan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam.

NONE "Malah, sekarang ini kebanyakan negeri-negeri yang diperintah BN mempunyai jawatankuasa hal ehwal bukan Islam bagi menyelesaikan masalah agama, tempat ibadat, kawasan perkuburan dan masalah lain yang berbangkit di kalangan bukan Islam,” kata Philips.

Jurucakap PEMBELA Yusri Mohamad ( kanan ) sebelum ini mendakwa pelantikan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang dan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang beragama Kritian Datuk Seri Idris Jala untuk menangani isu al-Kitab berbahasa Melayu mengancam dan menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi .

Kebetulan kerajaan negeri Perak yang diterajui BN adalah yang pertama mewujudkan jawatan exco hal ehwal bukan Islam.

[Baca berita penuh]

ADS