Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fitnah video seks: NGO gesa k'jaan ambil tindakan

Sekumpulan wakil NGO mengancam untuk mengadakan perhimpunan lebih besar sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan segera ke atas individu yang didakwa bertanggungjawab menyebarkan fitnah berhubung rakaman video seks.

NONE Selain itu, sekumpulan 30 orang yang berhimpun di Masjid Negara hari ini turut menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan peruntukan undang-undang Islam berhubung tuduhan zina dan liwat ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuntutan itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada JAWI selepas perhimpunan Hari Amarah Rakyat selama hampir sejam itu.

Jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam memorandum berkenaan turut menyebut bahawa memorandum berkenaan antara lainnya akan turut diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Yang Di-Pertuan Agong, perdana menteri dan juga kepada jemaah menteri.

NONE Mohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu berkata, perhimpunan hari ini diadakan bagi menyatakan rasa marah rakyat terhadap budaya fitnah dan juga amalan mengaibkan musuh politik.

"Kenapa pihak berkuasa dilihat bersekongkol dengan mereka yang terlibat dengan amalan jijik (fitnah) tanpa tindakan segera menangani isu penyebaran bahan lucah berdasarkan undang-undang yang sedia ada?

"Kami menegaskan bahawa rakyat Malaysia sudah mual dan sangat tersinggung terhadap mereka yang terlibat... mengaibkan keperibadian seseorang, tidak kira siapa pun beliau, semata-mata hanya kerana bernafsu untuk mengekalkan kuasa," memorandum itu dipetik.

NONE Memorandum berkenaan diserahkan kepada timbalan pengarah pengurusan JAWI, Abdul Murad Wahab oleh wakil kumpulan berkenaan yang turut disertai wakil daripada pemuda PAS, PKR dan DAP.

Kumpulan berkenaan pada awalnya mula berhimpun di perkarangan masjid berkenaan bermula jam 2 petang sebaik jemaah selesai menunaikan fardu Jumaat dan turut membawa kain rentang yang diterakan slogan "Rakyat bangkit lawan fitnah."

VIDEO | 6.31 min

ADS