Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA buat laporan polis di seluruh negara
Diterbitkan:  May 7, 2011 7:34 PM
Dikemaskini: 1:44 PM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung laporan Utusan Malaysia yang memetik tulisan di dua blog pro-Umno yang mendakwa terdapat paderi yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

perkasa police report pastor meeting christian state Tulisan di dua blog pro-Umno juga mendakwa paderi tersebut berusaha mahukan perdana menteri dilantik dari penganut Kristian.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 3.20 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan polis dibuat, yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan Sharifuddin Abdul Hamid berkata dakwaan yang timbul itu adalah satu hasutan.

"Jika benar seperti apa yang dilaporkan, ia merupakan satu hasutan kepada masyarakat Kristian untuk mengembangkan agama itu bagi menjadikan satu hari jumlah penganut Kristian adalah majoriti dalam negara ini (dengan) pelbagai cara.

"Saya bimbang pendekatan ini akan menyemarakkan kemarahan umat Islam dalam negara ini," laporan polis itu dipetik.

perkasa police report pastor meeting christian state Sehubungtan itu, beliau mahu polis menyiasat laporan tersebut.

Pada sidang medianya selepas itu, Sharifuddin berkata pihaknya mengetahui perkara tersebut berdasarkan laporan akhbar tersebut.

Porak peranda

"Ia boleh memporak perandakan keselamatan (negara) sedangkan Islam adalah agama persekutuan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan PERKASA selepas ini, Sharifuddin berkata pihaknya telah mengarahkan semua ahli PERKASA di semua negeri untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

"Kita bertindak mengikut saluran undang-undang. Kita tidak akan bertindak sesuka hati. Harap polis dapat menyiasat," katanya.

Kira-kira 20 anggota PERKASA Wilayah mengiringi Sharifuddin membuat aduan polis tersebut.

perkasa police report pastor meeting christian state Di Georgetown, Bernama melaporkan PERKASA Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari.

Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

ibrahim ali pc at pwtc "Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan.

Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini.

10 laporan

Di Tumpat, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata sehingga petang ini sudah 10 laporan polis dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat segera laporan itu yang dianggap serius.

"Ini soal sensitiviti dan ia sangat serius dan sebab itu PERKASA membuat laporan polis ini untuk menyiasat segera perkara ini agar tidak berlarutan.

"Jika benar seperti yang dilaporkan, PERKASA begitu kecewa dan khuatir kerana ia membabitkan soal agama yang sangat sensitif," katanya kepada pemberita di kediamannya.

yusri mohamad pembela spokesperson islam under seige Sementara itu, Jurucakap Pertubuhan Pembelas Islam (PEMBELA) Yusri Mohamad juga menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan blog pro-Umno dan Utusan tersebut.

"Jika jelas (berlaku) maka ia bercanggah dengan undang-undang dan boleh membawa kepada hasutan.

"(Negara) kita ada undang-undang, jika degil untuk dipatuhi, undang-undang perlu dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan resolusi forum "Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita? di ibu negara hari ini.

ADS