Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakistan tolak dakwaan 'lindungi' Osama
Diterbitkan:  May 10, 2011 8:35 AM
Dikemaskini: 12:38 AM

Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani semalam menolak dakwaan pembunuhan Osama bin Laden oleh komando Amerika Syarikat memperlihatkan ketidakmampuan atau pembabitan  negaranya dalam menyembunyikan pemimpin al-Qaeda tersebut.

osama bin laden dead protest 1 “Dakwaan penglibatan itu tidak masuk akal dan tidak jujur bagi sesiapa yang menuduh Pakistan termasuk pihak perisikan yang mungkin 'bekerjasama' dengan al-Qaeda,” kata Gilani.

Jelas Gilani, tindakan satu pihak oleh Amerika dalam melancarkan operasi memburu dan membunuh Osama menimbulkan kesan serta akibat yang serius antara hubungan Washington dan Karachi namun Pakistan masih mementingkan nilai kualiti perhubungan dengan Amerika.

Dalam perkembangan lain, di Baghdad, rangkaian kumpulan militan al-Qaeda di Iraq menyatakan sokongan terhadap pergerakan di bawah pimpinan orang keduanya, Ayman al-Zawahri.

Mereka juga berikrar untuk membalas dendam di atas kematian Osama.

al qaeda ayman al zawahiri pc on obama 200409 Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web Islam semalam, Khalifah Negara Islam Iraq (ISC), Abu Baker al-Baghdadi al-Husseini al-Qurashi sedang berkabung di atas kematian Osama.

“Saya telah memberitahu saudara-saudara di dalam organisasi al-Qaeda termasuk al-Zawahri agar bergembira kerana kami menyokong anda dan berada di jalan yang benar serta tidak akan berhenti atau dipaksa keluar.

“Saya bersumpah di atas nama tuhan, darah untuk darah dan kehancuran untuk kehancuran,” kata Abu Baker dalam kenyataan tersebut.

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS